Pages

Thursday, April 5, 2018

hai

salam hai aku tengah stress buat fyp. rasa macam taktahu benda. banyak lagi kerja tapi aku asyik main main macam sekarang ni boleh pulak pergi update blog. aku menyampah jugak dengan diri sendiri iye ok aku tahu aku patut stop sekarang. nanti kalau aku ada anak aku nak gilap bakat dia dari kecik lah. agak agak kalau dia tak minat belajar sangat macam aku ni haa, bolehlah dia ambik bidang lain. jangan ikut perangai mak dia. buat naya ambik engineering  tapi tak tahu benda ee stress bye

Monday, May 29, 2017

29/5/2017

Hi, this is just an entry to brighten up my blog. I'm writing this on my phone as I just took my sahoor. Nak dekat dua tahun jugaklah kan tak menulis. Ini pun sebab tengah buat assignment kena buat blog so alang alang tu terbukak sekali blog ni.
Bila ingat balik dulu dulu zaman mula mula nak main blog fb apa semua, kelakar jugak rasa. Dulu kalau nak pakai pc and internet kena pergi cc sebab dekat rumah takda. Kalau nak update apapa dekat blog dulu aku selalu pass dekat aisyah, dia akan tolong update kan. Siap tolong edit lagi hahahahahaha
Nama asal blog ni pun dulu aisyah yang bagi, aleencuteanime lolololol sebab zaman tu tengah minat lah kononnya. Password blog pun letak nickname crush zaman form one sampai sekarang takmau ubah hahahahahaha
Aisyah pandai main blog dia akan edit blog aku letak blink blink apa semua. Aku tinggal nak tengok and cakap 'wahh aku suka' je, yang lain semua aisyah buat.
Taktahulah ni entri pasal aisyah ke apa tapi dari tadi asyik sebut nama dia hahahahaha jangan tersedak di kuantan sana okay! Dulu masa zaman awal awal tengok drama korea pun aisyah jugak yang berjasa.
Aisyah akan download kan lepastu kitaorang transfer transfer pendrive. Zaman tu yang aku ada cuma satu pendrive kingston warna hitam with capacity 2gb kot. So sekali transfer dapat lah dalam dua eps.
Malam malam aku akan tengok lepas semua orang dah tidur. Kadang kadang aku yang tak tidur tengok drama sambil nangis nangis apa semua. Drama first aku tengok was boys over flower dan dari situ start suka kim hyun joong walaupun dia ada sedikit bermasalah kebelakangan ni tapi tetap suka lololol
Hahahahahahaha mengimbau betul okaylah ni random entri je ni, tetiba rasa nak update uolls hahahaha okk bye shumee

Love xx
Szln

Sunday, September 20, 2015

Cerpen CSI yang tak jadi

Kisahnya ada nampak contest dekat twitter ni haa. Contest buat cerpen ala ala csi gituu. Mulamula tengok gitu je iklan abang jack tu, but then tetiba dapat idea. Tapi cerita aku tak pasal csi langsung. Ni pasal cintaa hahahahaha sebab tak reti buat cerita csi. Pehtu tengok blog ni lama pulak tak update. Saja je post sini. Contest tu dia ada bagi several keywords which are (dadah yang dipercayai milik mangsa, surat wasiat, racun dalam badan mangsa, kayu yang patah dua and ada darah dekat kayu tu and ada lagi satu rasanya. Tapi tak ingat) so kau kena guna keywords ni dalam cerita kau.
Aku pun yang tetiba datang idea ni pun menaip. Tapi tak menanglah sebab cerita aku bukan pasal csi pun hahahahahahaha So korang mestilah nak baca kan apa yang aku terfikir bila nampak keywords tuu huhu kalau korang taknak baca buat apa datang sini huhuuhuhuhu baca lah baca lah okay ? mana lah tahuuu ada bakat jadi penulis novel bersiri seram ke apa ke kann huhu okayy dah pergi baca bawah ni hiks happynya sayaaaa hewhew

Di malam yang suram berteman hembusan angin bayu yang mendamaikan, berjalan aku sendirian merentasi jalan sepi itu. Ya, jalan yang biasa kita lalui untuk pulang bersama saban hari sebelum ini. Namun ku lihat malam ini semakin sepi kerana saat ku menoleh ke sisi, bukan wajah kau yang menyambut pandangan mata, bukan suara tawa kau yang menyambut senyuman mesra dan tiada tangan kau yang memegang erat lenganku. Kerana malam ini, di jalan ini, hanya ada aku bersama surat wasiat yang kau tinggalkan sebelum kau pergi menyambut seruan ilahi.
Meski kau pergi dengan pilihan kau sendiri, aku redha. Mesti ada sebab kenapa kau buat macamtu kan. Mesti ada sebab kenapa kau tinggalkan aku kan. Mesti ada sebab kenapa kau ambik keputusan macam ni kan. Dan bila kita berjumpa sebentar lagi, akan aku tanya semua persoalan ini. Ya, seperti kau yang mengambil dadah untuk menghilangkan masalah kau, aku juga akan mengikutimu sayang. Berbekalkan racun yang aku cipta, aku tahu aku mempunyai beberapa jam lagi sebelum aku menemui kau di atas sana. Sabar sekejap ya.
Sedih ? Kenapa perlu kau sedih. Aku juga ingin mengikut jejak kau. Kalau kau sedih dengan keputusan aku, kau patut sedih dengan keputusan kau dahulu. Aku buntu. Aku tak tahu. Aku juga ada jumpa tinggalan tinggalan dadah tak guna kau tu, jadi aku bawa bersama ke sini. Dengan harapan aku dapat kasi kau bila kita jumpa kejap lagi.
Sebenarnya aku tahu juga cerita disebalik dadah ni. Bukan milik kau pun kan ? Ya aku tahu. Kau curi dari kawan kau kan. Kau ingat dengan kau mati mereka semua dah lupakan apa yang kau buat. Mestilah kau silap. Bukan sikit yang kau ambik ni. Akibatnya, mereka mesti sedang mencari aku sekarang. Dan berita gembira ? Mereka dah jumpa aku. Gagah gagah semuanya. Aku pun tiada kuasa nak melawan. Tapi perkara terakhir yang aku ingat sebelum aku jumpa kau, ada benda keras hentak kepala aku seiring dengan bunyi benda patah. Mungkin kayu yang mereka pegang tadi. Boleh rasa ada benda mengalir dekat dahi aku, mestilah darah kan. Sebelum sempat diaorang nak bagi hadiah kedua, dapat aku dengar bunyi siren polis menghampiri jalan ini yang tak lama lagi akan dipanggil 'tempat kejadian'. Tak perlu nak teruja bila ada polis datang, dekat kampung kita ni bukannya dia pernah buat rondaan pun. Ini bukan keajaiban, aku yang telefon diaorang dulu tadi. Harapan sebenar supaya sekurang kurangnya tiadalah mayat aku dimamah anjing liar nanti.
Sempat juga aku dengar carutan dan makian mereka sang pemberi hadiah yang bergegas meninggalkan aku. Dan suara suara serta kebisingan itu ku rasakan semakin sayup seiringan pandangan mata yang makin kabur. Masanya sudah tiba. Kini aku datang semula kepada kau. Semoga segalanya bermakna.

Cerita ni actually tak macam cerita pun kann. Alah jangan lah frust okayy i love youuuuu
Cerita ni lebih kepada manolog dalaman seorang suami yang baru kehilangan isteri dia sebab dadah. Alahh korang tak boleh expect semua benda dalam dunia ni indah indah belaka, di sebalik bentuk bumi yang lain ada banyak lagi cerita yang tak sama dengan kisah kita, Mungkin kita anggap orang lain teruk, tapi kita pun bukannya bagus sangat pun kann ? Everyone pernah buat salah silap dosa so kita ni siapa nak judge diaorang by cerita diaorang. Tapi untuk diri sendiri, selagi boleh elakkan lah buat kesalahan yang akan merosakkan diri kita keluarga dan negara haaa giteww. And for orang orang kat luar sana yang pernah tersilap langkah, ingat, everything is not over yet. Selagi ada masa, selagi tu masih ada peluang untuk kita betulkann diri.
Sekian kisah penuh misteri kononnya.
With thoughts,
SazleenKmrzaman;)

Thursday, July 2, 2015

I hidup lagi tau

Assalammualaikum and hi everyone :)
Actually got nothing to say pun. Saja je nak update so that everyone tahu yang aku masih hidup and masih mencari apa yang aku cari. Apa benda tu ? Hahahaha takpalah, biar aku je yang tahu.
So its the second of July already and so apa achievement korang untuk tahun 2015 ni ? Hmm mesti ada yang dah berjaya berjaya gembira gembira happy happy, congrats then. Tapi harapnya tak lupa lah dekat orang lain yang tak berapa nak bahagia gembira happy semua okay.
Kenapa kita kena kisah pasal orang lain ? MashaAllah guys, itulah indahnya perkenalan. Kita hidup atas dunia ni bukannya sorang sorang okay. In fact, kita hidup dalam community. So teruk macammana pun members of our community tu, tak sepatutnya kita abaikan dia. Apa yang patut ? Kita tolonglah dengan apa yang mampu. Kalau tak mampu ? Hmm doakan pun dah cukup okay :)
Memang ada orang kata your life will get 200% easier when you dont give a fvck about anyone else, tapi sampai jauh mana kita nak tak pedulikan orang lain tu. Ada masa, kita kena ambil kira juga apa yang orang lain cakap pasal kita. Kenapa ? Because that was the easiest way to muhasabah diri kita. Taknak ke jadi a better person ? Mesti nakkan.
Okay lah, doesnt have any intention to make this long pun hehe. Actually aku tengah usahakan satu post pasal life-post-kmkn. Tapi tulah, disebabkan diri ini begitulah rajin (bukan maksud sebenar), so dah berapa lama pun tak siap siap lagi post tu. And plus i taknaklah terus post that entry secara tergesa gesa because ada banyak gila cerita nak share tuu. So kalau i post the one yang cam cincai boncai je, nanti in the future I jugak yang cam menyesal gila babs because I might lose those memory kann. Ohh and and and im working on my another cerpen kononnya, tapi tak sampai half pun lagi. Yang ni memang 100 percent fiction and takda kaitan dengan siapa siapa tapi cam ada ah gak ambik situation dari real life sebagai pembakar semangat kot hehehe yang tu pun later I update okay.
Sampai sini jelah dulu. Selamat berpuasa :)
With love and you,
SazleenKmrzaman.

Sunday, April 5, 2015

Sebuah Move On

Assalammualaikum.
Its been a while and lots of thing have came up but its all worth to be remembered.
Aku pun dah habis study in KMKN and now tengah cuti dua bulan before start practical june nanti. So, topic kita harini. Move On.

Move on.
Selalu dengar ?
Selalu sebut ?
Ke selalu kena apply ?

Move on.
Dengar macam senang kann ? Tapi apa maksud sebenar di sebalik perkataan enam aksara tu.
Senang nak sebut, tak senang nak buat.
Senang nak kata, tak senang nak praktikkan.
Senang nak cakap, tak senang nak hadapi.

Move on ni terjadi bila ada benda yang hati kau begitu attached to it, tapi reality doesnt let you to have it.
Move on ni bukan cerita dalam kisah cinta je, actually semua benda pun memerlukan kita untuk move on.
Semua orang pun kena move on bila tiba masanya.

Ap motif kau?

Sekadar nak tengok balik kejayaan diri sendiri.
Aku menulis ni bila aku tengok balik secara keseluruhan.
Bukan sekadar apa yang aku baru lalui ni je.
Well said, untuk diri seorang sazleen ni, kalau setakat nak move on dari crush crush dia tu takdalah susah mana.
kenapa ? Sebab dia tak pernah serious pun soal hati dan perasaan ni.
Tapi tapi tapi dia ni suka betul exaggerated in everything, suka over haa gitu.
Tu yang kadang kadang jadi susah bila dah terbiasa.
Move on yang paling susah is bila kau kena move on dari diri sendiri.
Yelah, sebab kalau nak move on dari someone at least that person is there. Kau nampak dia and kau nak get over that person.
Tapi kalau nak move on dari diri sendiri ?
Selama ni kau hidup, kau dengan diri kau, memang dah jadi satu.
contoh macam dalam post aku sebelumsebelum ni, move on dari result spm.
Move on dari rasa sedih yang sangatlah mencucuk jiwa.
So, kau fikir senang ?
Tak. Memang tak senang.
Tapi bila kau nak, bila kau ada will, bila kau yakin dengan diri sendiri, semua jadi senang.

Okay menurut teori aku, move on ada empat stage.

Sedar, Cuba. Sakit. Lupa&Hidup.

Stage pertama; Sedar.
Sedar starts when otak kau mula faham apa yang terjadi in that particular situation.
Bila kau mula faham dekat mana duduknya diri kau dalam cerita tu.
Bila kau mula tahu apa yang sepatutnya terjadi and what is not.
Bila kau dah cukup matang untuk kau sendiri dapat analisa apa yang sedang terjadi.
Jadi saat tu, kau SEDAR yang kau kena move on.
Lebih kurang macam frasa permulaan lah.

Stage kedua; Cuba.
Cuba pulak bermula lepas kau dah sedar yang kau kena move on.
Time tu kau pun cuba nak lupakan apa yang terjadi.
Kau  cuba cari benda lain untuk distract diri sendiri.
Kau cuba cari helah untuk tak hadap orang tu.
kau cuba cari the best solution nak selesaikan masalah kau.
Kau cuba semua yang ada so that kau boleh lepas.
Proses mencuba tak bermaksud lari.
Tak bermaksud kau boleh lari dari masalah kau dengan ambik jalan senang like suicide or drug consumption.
Come on guys, kata nak move on kan ?
Lari dari masalah doesnt count in move okay guys.
Apa ? Susah ? Hahahahaha apa benda yang senang dalam dunia ni. Semua benda susah, tapi ada cara nak senangkan.
Macammana ? MINDSET. Yaa. Kuasa minda ni hebat tauu.
Sebabtu wujudnya hypnotise and such. *pengaruh cerita Jekyl Hyde and Me
So, what you need to do is set kan otak kau supaya terima semua yang terjadi ni and set to a better future.

Seterusnya,
Stage three; Sakit.
Yaa tengok perkataan sakit pun dah dapat rasa sakit dia kan.
Lepas kau dah cuba untuk lupakan and nak jadi someone yang better, pasti akan ada halangan weh.
Like if kau nak lupakan someone tu, dia akan lagi selalu muncul depan kau ke. Selalu muncul dalam mimpi kau ke or akan terjadi banyak benda yang mengingatkan apa yang pernah kau buat dengan dia.
Tu contohlah, sama je kalau kau nak move on dari benda lain pun. Lebih kurang je semua.
Pada aku, stage ni paling teruk. Paling susah.
Sebab people tend to give up here.
Sebab ada orang tak sanggup nak habiskan rasa sakit tu.
And kalaulah, kalaulah dia tahu yang sakit dia rasa tu tinggal sikit je lagi nak habis.
TInggal sikit je lagi nak berjaya.
TInggal sikit je lagi weh nak jadi better.
Tough memang tough, tapi nak berjaya ke tak ? Nak move on ke tak ni ?
Usaha lah sikit okay.

Last,
Stage four; Lupa dan Hidup.
Yaa bila kau dah cukup rasa sikit, kau akan jadi immune dengan rasa sakit tu.
Macam kau harihari kena cubit, lamalama kau pun rasa kena cubit tu macam kena geletek je.
Dalam stage ni, bila kau nampak dia pun kau tak rasa apa dah. Bila kau pergi tempat yang korang selalu pergi pun takda nak sedihsedih dah.
Bila kau ingat balik apa yang terjadi pun kau siap boleh gelak lagi.
Meanwhile bila dah immune, kau tak perasan pun yang sebenarnya kau dah berjaya lupa apa yang kau nak lupa.
Kau dah berjaya gerak dari spot lama kau.
Kau dah berjaya jadi someone better.
Wise word from The Prophet PBUH said that orang yang beruntung itu ialah orang yang menjadi lebih baik daripada dirinya yang semalam.
So, bila dah berjaya move on. Apa lagi, teruskan lah hidup wahai jiwa yang memerlukan nafas baru.
Jadilah orang yang lebih bersemangat.

Thats it. Tamatlah sebuah kisah move on.

Aku menulis untuk tolong orang lain.
Bukan nak kata aku expert or what tapi lebih kurang lah hiks
Dalam hidup aku, dah banyak kali jugak aku kena move on.
Bukan setakat bila nak lupakan someone je, kemon guys.
Aku pernah knea move on dari kawan yang backstab,
dari situation yang menuduh aku,
dari situation yang semua orang salahkan aku,
dari situation yang buat aku rasa serba salah,
dari situation yang buat aku sangat sedih,
dari situation yang aku rasa aku dah hampakan semua orang,
dari situation yang buat aku benci semua orang.
Semua tu aku dah pernah rasa.
Bayangkan kalau aku tak move on ?
Berapa banyak benda yang aku dah achieved sekarang aku takkan dapat achieved ?
Berapa banyak perkenalan yang aku takkan dapat alami ?
Berapa banyak cerita baru yang aku takkan dapat experienced pun ?

Well said, pengalaman mematangkan kita.
Jangan pernah salahkan apa yang terjadi okay, everything happens for a reason.
Dan disebalik kesusahan ada kesenangan.
Theres a rainbow after rain.

So guys, chin up and move on.
I know we all can :)

I guess till then.
With love and love,
SazleenKmrzaman.