Pages

Sunday, September 20, 2015

Cerpen CSI yang tak jadi

Kisahnya ada nampak contest dekat twitter ni haa. Contest buat cerpen ala ala csi gituu. Mulamula tengok gitu je iklan abang jack tu, but then tetiba dapat idea. Tapi cerita aku tak pasal csi langsung. Ni pasal cintaa hahahahaha sebab tak reti buat cerita csi. Pehtu tengok blog ni lama pulak tak update. Saja je post sini. Contest tu dia ada bagi several keywords which are (dadah yang dipercayai milik mangsa, surat wasiat, racun dalam badan mangsa, kayu yang patah dua and ada darah dekat kayu tu and ada lagi satu rasanya. Tapi tak ingat) so kau kena guna keywords ni dalam cerita kau.
Aku pun yang tetiba datang idea ni pun menaip. Tapi tak menanglah sebab cerita aku bukan pasal csi pun hahahahahahaha So korang mestilah nak baca kan apa yang aku terfikir bila nampak keywords tuu huhu kalau korang taknak baca buat apa datang sini huhuuhuhuhu baca lah baca lah okay ? mana lah tahuuu ada bakat jadi penulis novel bersiri seram ke apa ke kann huhu okayy dah pergi baca bawah ni hiks happynya sayaaaa hewhew

Di malam yang suram berteman hembusan angin bayu yang mendamaikan, berjalan aku sendirian merentasi jalan sepi itu. Ya, jalan yang biasa kita lalui untuk pulang bersama saban hari sebelum ini. Namun ku lihat malam ini semakin sepi kerana saat ku menoleh ke sisi, bukan wajah kau yang menyambut pandangan mata, bukan suara tawa kau yang menyambut senyuman mesra dan tiada tangan kau yang memegang erat lenganku. Kerana malam ini, di jalan ini, hanya ada aku bersama surat wasiat yang kau tinggalkan sebelum kau pergi menyambut seruan ilahi.
Meski kau pergi dengan pilihan kau sendiri, aku redha. Mesti ada sebab kenapa kau buat macamtu kan. Mesti ada sebab kenapa kau tinggalkan aku kan. Mesti ada sebab kenapa kau ambik keputusan macam ni kan. Dan bila kita berjumpa sebentar lagi, akan aku tanya semua persoalan ini. Ya, seperti kau yang mengambil dadah untuk menghilangkan masalah kau, aku juga akan mengikutimu sayang. Berbekalkan racun yang aku cipta, aku tahu aku mempunyai beberapa jam lagi sebelum aku menemui kau di atas sana. Sabar sekejap ya.
Sedih ? Kenapa perlu kau sedih. Aku juga ingin mengikut jejak kau. Kalau kau sedih dengan keputusan aku, kau patut sedih dengan keputusan kau dahulu. Aku buntu. Aku tak tahu. Aku juga ada jumpa tinggalan tinggalan dadah tak guna kau tu, jadi aku bawa bersama ke sini. Dengan harapan aku dapat kasi kau bila kita jumpa kejap lagi.
Sebenarnya aku tahu juga cerita disebalik dadah ni. Bukan milik kau pun kan ? Ya aku tahu. Kau curi dari kawan kau kan. Kau ingat dengan kau mati mereka semua dah lupakan apa yang kau buat. Mestilah kau silap. Bukan sikit yang kau ambik ni. Akibatnya, mereka mesti sedang mencari aku sekarang. Dan berita gembira ? Mereka dah jumpa aku. Gagah gagah semuanya. Aku pun tiada kuasa nak melawan. Tapi perkara terakhir yang aku ingat sebelum aku jumpa kau, ada benda keras hentak kepala aku seiring dengan bunyi benda patah. Mungkin kayu yang mereka pegang tadi. Boleh rasa ada benda mengalir dekat dahi aku, mestilah darah kan. Sebelum sempat diaorang nak bagi hadiah kedua, dapat aku dengar bunyi siren polis menghampiri jalan ini yang tak lama lagi akan dipanggil 'tempat kejadian'. Tak perlu nak teruja bila ada polis datang, dekat kampung kita ni bukannya dia pernah buat rondaan pun. Ini bukan keajaiban, aku yang telefon diaorang dulu tadi. Harapan sebenar supaya sekurang kurangnya tiadalah mayat aku dimamah anjing liar nanti.
Sempat juga aku dengar carutan dan makian mereka sang pemberi hadiah yang bergegas meninggalkan aku. Dan suara suara serta kebisingan itu ku rasakan semakin sayup seiringan pandangan mata yang makin kabur. Masanya sudah tiba. Kini aku datang semula kepada kau. Semoga segalanya bermakna.

Cerita ni actually tak macam cerita pun kann. Alah jangan lah frust okayy i love youuuuu
Cerita ni lebih kepada manolog dalaman seorang suami yang baru kehilangan isteri dia sebab dadah. Alahh korang tak boleh expect semua benda dalam dunia ni indah indah belaka, di sebalik bentuk bumi yang lain ada banyak lagi cerita yang tak sama dengan kisah kita, Mungkin kita anggap orang lain teruk, tapi kita pun bukannya bagus sangat pun kann ? Everyone pernah buat salah silap dosa so kita ni siapa nak judge diaorang by cerita diaorang. Tapi untuk diri sendiri, selagi boleh elakkan lah buat kesalahan yang akan merosakkan diri kita keluarga dan negara haaa giteww. And for orang orang kat luar sana yang pernah tersilap langkah, ingat, everything is not over yet. Selagi ada masa, selagi tu masih ada peluang untuk kita betulkann diri.
Sekian kisah penuh misteri kononnya.
With thoughts,
SazleenKmrzaman;)