Pages

Monday, November 3, 2014

Nama Dia Hotlink

Assalammualaikum sekaliannyaa :)
Harini tetiba ada rasa cinta untuk menulis di sini.
Nak cerita pasal HOTLINK
Hahahaha its not hotlink yang mobile provider tu actually.
Hotlink ni nama gelaran kepada orang yang duludulu aku pernah minat gila hahahaha
Kenapa tetiba keluar topic ni ? Hahaha sebab tadi aku tetiba ada rasa nak bukak facebook and terstalk lah dia sat.
Well yeah because facebook is le only medium for me to get to know about him.
The only facebook hahahaha.
Ingat lagi time tu aku masih hingusan di form 1 in SMK Seri Serdang.
Aku class satu 1 Mulia time tu. Class dekat cabin and selalu balik lambat sebab ada class kkq.
Hotlink pulak time tuu dia form 3. Dia class Setia maybe, im not sure. Tapi dia form 3 ahh. Sebaya dengan my brother hahaha
Perkenalannya bermula begini :D
Ada satu hari tu rasanya aku sengaja stay petang ke apa tah enn.
Tapi aku balik lambat ah. Time tu aku stay dengan Aisyah.
Kitaorang nak pergi solat zohor.
Zaman aku form 1 duluu, sekolah ni tak berapa nak maju lagi hahaha
tempat wudhu perempuann pun dekat luar lagi time tu.
Then lepas letak barang dalam surau kitaorang pun keluar balik nak pergi ambik wudhu.
Aku dekat depan time tu, Aisyah follow belakang aku.
Perfect timing pulakk when aku betul betul dekat  depan pintu tempat wudhu tu ada orang keluar. Lelaki yaa, Lelaki.
Bila dia keluar tu aku pun acah acah bagus ah enn tanya dia.
Asal ambik wudhu dekat sini ? Ni kan tempat perempuan.
Dia pun time tu baru lepas ambik wudhu enn, muka macam berseriseri je.
Sambil raup rambut, dia pun balas.
Ehh tempat perempuan ke ni ?
Aku pun tunjuk ada satu tag tuu tulis 'tempat wudhu perrempuan' and said
Ni ada tulis.
He replied,
Ohh sorry dik. Abang dulu tak pergi sekolah agama.
Sebab kat situ dalam tulisan jawi, but still ada je tulisan rumi kat situu.
Ni kan ada
I said that while tunjuk translation dalam tulisan rumi tuu.
Then ada ustazah lalu and tegur dia. Dia pun macam cuak ah gak sebab kena marah dengan ustazah enn.
Pastu dia pun panggil kawan dia yang tengah ambik wudhu lagi dekat dalam tu hahaha.
Haa dari situlah bermulanya aku perasan dia wujud dalam sekolah tuu.
And dia pengawas sekolah time tuu.
Since tu aku pun selalu ah cari dia. Cari je, nak usha en hahaha
Tapi takda apapa pun jadi antara kitaorang hahaha sedih !
Ohh time tu dia form three, so busy nak PMR lah enn.
Next year tu dia pindah.
Aku naik naik je form 2, first day tu cari dia dulu.
Memang tak jumpaa. Esok tu cari lagi. Esok esoknya pun cari lagi.
Sampailah aku dengar cerita dia pindah. Masuk asrama pulak.
Ya Allah memang sedih gila time tuuuuu
Yelah dah lah kita ni rindu dia kan. Pastu dia pindah pulak hmmm
Rasa macam life dekat sekolah tu dah jadi hambar and lifeless secara automatically hahahaha
Lepastu aku taktahulah macammana aku hadapi hidup hahaha bongoknyaa
Ehh wait tak habis lagi cerita aku ni hehehe
Time tu hujung form two ke awal form three entahh aku pun tak ingatt
Tapi yang aku pasti time tu aku baru keluar dari toilet cantik tuu.
Tengah nak pakai kasut tuu, aku pun nampak ada sorang ni lalu.
Macam dia tauu. Dah lah tengah angkat buku spbt pulak tuu.
Maknanya dia baru masuk sekolah ahh ni.
Mulamula tu aku macam tak percaya jugak ahh.
Aku fikir pelanduk dua serupa maybe.
Esok esok tu, aku pun terserempal dengan dia. Aku usha dia punya name tag.
HAHAHAHAHA seriously tu nama hotlink.
Aku pun apa lagi bersorak ahh hahaha
So continue ahh the usha usha hotlink momentssss.
Sampailah satu hari tuu, dah nak habis form three kot. Hujung hujung macamtuu.
Time tu dekat coop. Berkumpullah semua geng geng aku time tuu. Katanya nak bagitahu something. Punya ahh kemain diaorang pesanpesan awal dekat aku enn 'Aleen kau jangan marah tau' 'Aleen kitaorang mintak maaf tau'
Hahahaha macam macam ahh
Lastly Syira pun cerita,
Actually tadi time kitaorang pergi Bakery, kitaorang terserempak dengan Hotlink and the geng. Pastu kitaorang pun pakat lah nak bagitahu dia pasal kau. Kitaorang bagitahu dia yang kau suka gila kat dia
Ya Allah wehh, terhenti sekejap jantung akuu dia punya terkejut tu tauu.
Time tu pulak dan dan Hotlink dengan geng dia baru keluar surau.
Menyoroklah aku kerana malu.
Okayy itulah diaa, tetiba teringat. Entah kenapa.
Ada benda dalam hidup ni yang kadangkadang aku ingat secara detail nyaa sekali.
Tapi kalau bab study emm susah pulak nak ingat apa semua hahaha
Kadangkadang bila ingat balik memang lawak gila. Macam bodoh pun ada jugak aku ni haa. Zaman berhingus ahh tu semua enn. Well at least aku ada jugak benda yang nak di ingat bila time time macam ni en hahaha
Sampai disini sahajalah dulu okayy. Macam panjang gak enn hewhew.
Till then,
With love and love,
SazleenKmrzaman