Pages

Friday, December 12, 2014

Rokiah Yang Patah Hatinya

Hai Assalammualaikum sekaliannya :)
Bertemu lagi kita di hujung tahun 2014.
Ada hajat nak buat #2014Rewind versi sazleen hahahaha
tengok ah cane nanti yaa. kalau rajin ahh kalau kelaut emm tak dapat ah nak tolong hahahaha
so harini nak cerita pasal aku hatiku yang patah dan hancur dan hancus dan hangus :'(
And seperti biasa aku guna unsur penceritaan short story untuk menceritakan semula kisah akuu.
jadi jalan cerita dan wataknya may differ from the real life situation :) hikss
Selamat merenung screen anda :')

Cerita ini bermula pada suatu malam. Watak utama, Rokiah. Time tu Rokiah baru je lepas dinner dengan roommate dia, lepas je makan dia pun melingkar macam ular sawa atas katil dengan laptop dia. Apa lagi, layan facebook lah. Bukak bukak facebook, ada orang add. Rokiah pun tengok profile orang tu, emm handsome jugak boleh tahan. Rasa macam pernah nampak kat kolej ni tapi tak kenal lah pulak. Emm approve jelah kot sebab handsome hahahahaha
Esok tu, Rokiah pun pergilah kelas macam biasa dengan kawan kawan dia semua. Time lunch, Rokiah sempat borak borak dengan Abu, si pasangan bergossipnya hahahahaha. Rokiah pun teringat pasal orang yang baru add dia tu, so dia pun pergilah tanya Abu. Kot kot lah dia kenal kan sebab tu budak kolej diaorang gak.
Kebetulan yang menarik, Abu ni kenal lah si Musa tu. Haa Musa tu orang yang add Rokiah tulah. Dan dan pulak lepastu Rokiah dapat call from her mom and suruh dia balik asap. So tak dapatlah pulak nak sambung bergossip dengan Abu emm sambung lain kali lah kot en hahahahaha
Disebabkan Rokiah dengan Abu lain course, emm jarang gak ah diaorang dapat jumpa. Satu hari tu, Rokiah pergi jumpa lecturer nak tanya soalan. Lepas habis discussion apa semua, Rokiah pun nak balik. Ontheway nak balik tu, Rokiah terserempak dengan Abu yang tengah borak dengan Musa.
Abu pun panggil Rokiah and said “Ehh Rokiah, dia ni lah Musa. Yang add kau kat facebook tu.”
Rokiah pun malu lah bila Abu buat macamtu, so dia senyum je kat Musa and blah.
Lepastu ada satu hari tu, Rokiah update status dekat facebook dia. Dia cakap pasal dia sakit hati lah apa semua enn. Memang time tu dia tengah sakit hati pun sebenarnya. And and and tanpa diduga duga, Musa tengah online time tu. Lalu, Musa pun tegur lah Rokiah. Dia pm Rokiah and diaorang chat kira macam lama gak ah time tuu. Tapi Musa ni jenis yang pemalu gak sebenarnya, dia tak borak pun pasal benda biasa biasa ni. Dia kasi kata kata semangat je kat Rokiah tu haa. Dia suruh bersabarlah dugaanlah semua ahh. Rokiah pulak time dah happy gila macam orang gila ahh. Sebab tak sangka pulak Musa yang handsome tu nak tegur dia enn hewhew
Tapi setakat tu jelahh. Lepastu takda apa pun. Kalau terserempak dekat kolej ke mana mana ke diaorang tak bertegur sapa pun. Ada lah jugak sekali dua tu bila terserempak si Rokiah ni senyum dekat Musa.
Then ada lah satu haritu, Rokiah pergi shopping dengan roommate dia. Tengah tengah shopping tu, tetiba dia nampak Musa dengan kawan kawan dia lalu. Rokiah pun dah seronok ahh. Emm Rokiah dah suka kat Musa kot. Ehh mestilah kan hahahaha.
 Lepastu Rokiah dan rakan rakan pun gerak mcd, time diaorang nak masuk tu bertembung pulak dengan geng Musa. Bila dah selisih tu Rokiah pun tegur ah Musa, cakap ‘Hai’ enn. Tapi Musa usha Rokiah cam pelik je. Macam dia tak kenal Rokiah padahal emm diaorang dah pernah chat enn haritu.
Rokiah pun sedih bercampur malu,  sebab Musa yang diharapkan tidak membalas ‘Hai’ nya malah tidak mengenali Rokiah pun. Pastu dah musa buat sombong, Rokiah pun pandang jelah depan, memang tak usha dah Musa tuu.
Time diaorang tengah makan tuu, tetiba ada sorang kawan Rokiah ni bukak cerita yang tadi dia nampak Musa tu usha Rokiah lama lama lepas dia keluar mcd tuu. Rokiah pun buat dek jelah sebab rasa sakit hati dia tak hilang lagi enn.
Malamtuu, Rokiah pun online facebook and update ah status pasal Musa enn. Tak lama lepastu, Musa pun pm Rokiah. Dia tanya yang tadi tu Rokiah ke yang tegur dia time dekat mcd tuu. Rokiah pun even dia masih sakit hati tapi dia layan gak ah Musa tu en, dah hati dah sayang wehh hahahahaha Musa pun mintak maaf sebab tak perasan yang tu Rokiah tadi. Dia kata kalau dia tahu tu Rokiah, dah lama dia tegur balik. Sanggup makan dua kali katanya :’) hahahahha amboi sweetnya ehemmm
Rokiah pun maafkan jelah Musa tuu hahahaha Esok esok tu, diaorang pun pergi kelas macam biasa. Ada banyak kali gak sebenarnya diaorang bertembung. Asal bertemmbung je, Rokiah pun usha Musa, tapi Musa tak perasan pun. And kalau Musa perasan pulak, Rokiah buat buat pandang lain. Taktahula apa nak jadi.
Rokiah pun cerita lah pasal dia suka Musa kat kawankawan dia. Unfortunately, ada sorang kawan Rokiah ni jenis tak reti simpan rahsia, Limah. Limah ni pulak pergi cerita dekat Timah. Timah tu pulak kawan dengan Musa. Lantas kantoi lah rahsia Rokiah yang dia suka kat Musa.
In the mean time, Rokiah pun stalk Musa. Stalk punya stalk punya stalk, ketahuanlah si Rokiah bahawa Musa telah pun mempunyai seorang crush bernama Bedah. Maka hancurlah hati dan harapan dan kebahagiaan Rokiah. Rokiah pun putus asa and tried to find someone else sebagai pengganti Musa yang telah memberi sedikit harapan palsu kepadanya.
Semenjak dari hari itu, Rokiah pun mengambil keputusan untuk move on dan lupakan Musa.
Sekian.
Cerita patah hati dari saya, ohh lupa nak bagitahu. Rokiah namakan Musa as ‘NomborTiga’.

Kenapa ? Emm rahsia lah ahahahaha

Haa sampai disini sahajalah dulu yaa.
Lain kali kita bertemu lagi inshaAllah :D
Till then,
Love and hate,
SazleenKmrzaman :)

Monday, November 3, 2014

Nama Dia Hotlink

Assalammualaikum sekaliannyaa :)
Harini tetiba ada rasa cinta untuk menulis di sini.
Nak cerita pasal HOTLINK
Hahahaha its not hotlink yang mobile provider tu actually.
Hotlink ni nama gelaran kepada orang yang duludulu aku pernah minat gila hahahaha
Kenapa tetiba keluar topic ni ? Hahaha sebab tadi aku tetiba ada rasa nak bukak facebook and terstalk lah dia sat.
Well yeah because facebook is le only medium for me to get to know about him.
The only facebook hahahaha.
Ingat lagi time tu aku masih hingusan di form 1 in SMK Seri Serdang.
Aku class satu 1 Mulia time tu. Class dekat cabin and selalu balik lambat sebab ada class kkq.
Hotlink pulak time tuu dia form 3. Dia class Setia maybe, im not sure. Tapi dia form 3 ahh. Sebaya dengan my brother hahaha
Perkenalannya bermula begini :D
Ada satu hari tu rasanya aku sengaja stay petang ke apa tah enn.
Tapi aku balik lambat ah. Time tu aku stay dengan Aisyah.
Kitaorang nak pergi solat zohor.
Zaman aku form 1 duluu, sekolah ni tak berapa nak maju lagi hahaha
tempat wudhu perempuann pun dekat luar lagi time tu.
Then lepas letak barang dalam surau kitaorang pun keluar balik nak pergi ambik wudhu.
Aku dekat depan time tu, Aisyah follow belakang aku.
Perfect timing pulakk when aku betul betul dekat  depan pintu tempat wudhu tu ada orang keluar. Lelaki yaa, Lelaki.
Bila dia keluar tu aku pun acah acah bagus ah enn tanya dia.
Asal ambik wudhu dekat sini ? Ni kan tempat perempuan.
Dia pun time tu baru lepas ambik wudhu enn, muka macam berseriseri je.
Sambil raup rambut, dia pun balas.
Ehh tempat perempuan ke ni ?
Aku pun tunjuk ada satu tag tuu tulis 'tempat wudhu perrempuan' and said
Ni ada tulis.
He replied,
Ohh sorry dik. Abang dulu tak pergi sekolah agama.
Sebab kat situ dalam tulisan jawi, but still ada je tulisan rumi kat situu.
Ni kan ada
I said that while tunjuk translation dalam tulisan rumi tuu.
Then ada ustazah lalu and tegur dia. Dia pun macam cuak ah gak sebab kena marah dengan ustazah enn.
Pastu dia pun panggil kawan dia yang tengah ambik wudhu lagi dekat dalam tu hahaha.
Haa dari situlah bermulanya aku perasan dia wujud dalam sekolah tuu.
And dia pengawas sekolah time tuu.
Since tu aku pun selalu ah cari dia. Cari je, nak usha en hahaha
Tapi takda apapa pun jadi antara kitaorang hahaha sedih !
Ohh time tu dia form three, so busy nak PMR lah enn.
Next year tu dia pindah.
Aku naik naik je form 2, first day tu cari dia dulu.
Memang tak jumpaa. Esok tu cari lagi. Esok esoknya pun cari lagi.
Sampailah aku dengar cerita dia pindah. Masuk asrama pulak.
Ya Allah memang sedih gila time tuuuuu
Yelah dah lah kita ni rindu dia kan. Pastu dia pindah pulak hmmm
Rasa macam life dekat sekolah tu dah jadi hambar and lifeless secara automatically hahahaha
Lepastu aku taktahulah macammana aku hadapi hidup hahaha bongoknyaa
Ehh wait tak habis lagi cerita aku ni hehehe
Time tu hujung form two ke awal form three entahh aku pun tak ingatt
Tapi yang aku pasti time tu aku baru keluar dari toilet cantik tuu.
Tengah nak pakai kasut tuu, aku pun nampak ada sorang ni lalu.
Macam dia tauu. Dah lah tengah angkat buku spbt pulak tuu.
Maknanya dia baru masuk sekolah ahh ni.
Mulamula tu aku macam tak percaya jugak ahh.
Aku fikir pelanduk dua serupa maybe.
Esok esok tu, aku pun terserempal dengan dia. Aku usha dia punya name tag.
HAHAHAHAHA seriously tu nama hotlink.
Aku pun apa lagi bersorak ahh hahaha
So continue ahh the usha usha hotlink momentssss.
Sampailah satu hari tuu, dah nak habis form three kot. Hujung hujung macamtuu.
Time tu dekat coop. Berkumpullah semua geng geng aku time tuu. Katanya nak bagitahu something. Punya ahh kemain diaorang pesanpesan awal dekat aku enn 'Aleen kau jangan marah tau' 'Aleen kitaorang mintak maaf tau'
Hahahaha macam macam ahh
Lastly Syira pun cerita,
Actually tadi time kitaorang pergi Bakery, kitaorang terserempak dengan Hotlink and the geng. Pastu kitaorang pun pakat lah nak bagitahu dia pasal kau. Kitaorang bagitahu dia yang kau suka gila kat dia
Ya Allah wehh, terhenti sekejap jantung akuu dia punya terkejut tu tauu.
Time tu pulak dan dan Hotlink dengan geng dia baru keluar surau.
Menyoroklah aku kerana malu.
Okayy itulah diaa, tetiba teringat. Entah kenapa.
Ada benda dalam hidup ni yang kadangkadang aku ingat secara detail nyaa sekali.
Tapi kalau bab study emm susah pulak nak ingat apa semua hahaha
Kadangkadang bila ingat balik memang lawak gila. Macam bodoh pun ada jugak aku ni haa. Zaman berhingus ahh tu semua enn. Well at least aku ada jugak benda yang nak di ingat bila time time macam ni en hahaha
Sampai disini sahajalah dulu okayy. Macam panjang gak enn hewhew.
Till then,
With love and love,
SazleenKmrzaman 

Friday, October 24, 2014

Zainab Dan Leman Part 3 [END]

Assalammualaikum and morning semuanya :)

The ending of Zainab and Leman story.
Part ni panjang tau. Nak baca, bacalah. Taknak pun takpa.
Sekian.

Months passed by. Time tu nak habis sem dua dah.
Susah nak explain tapi hubungan aku dengan Leman sekarang memang dah pelik gila.
Dalam class langsung tak pandang. Terserempak kat luar pun buat tak nampak je.
Nak tunggu dia ws memang kiamat lah agaknya.
Dengar cerita Leman pun dah ada awek. Budak kolej lain rasanya.
Aku ? Hahaha well aku still lah macamni, sama je.
Just ada jugak lah aku rapat dengan someone yang boleh dikata special lah hehe tapi we got not relationship pun okayy.
Nama dia ? Amboii korang ni hahaha lets say nama dia Razak. haa classic gitew.
Well aku nak guna nama Rafiq tapi takut kena marah T^T hahahahaha
Razak ni budak course aku jugak. Ada satu class kitaorang sama untuk sem ni.
Nak tahu ke camnaa aku kenal dia ? Amboi hahaha
Macamni, time tuu kolej aku buat pertandingan debat antara faculty.
Aku pulak disebabkan rapat dengan Prof yang in charge tuu, dia pun suruh aku jadi faci.
Aku mulamula tu malas jugak tapi disebabkan Prof dah mintak kann, aku pun okay jelahh.
Mana tahu nanti boleh ngorat mintak markah lebih ke kann haaa.
So ada sekali tu aku kena pergi koperasi ambik air untuk peserta.
Well said tu sebenarnya bukan kerja aku tau.
Tapi disebabkan orang lain memang tak boleh nak diharap, aku jelah yang pergi.
Air tu banyak ah jugak. Kalau aku nak angkat macam cuak ah jugak kan.
Tapi dah disebabkan time tu takda orang lain kat situ, hmm terpaksa ah jugak aku kerah tenaga batin ehh? hahaha ndabeh
Then aku pun keluar lah dari koperasi tu with that carton of water.
Baru halfway aku dah cuak takut terburai.
Nak dijadikan drama korea pulak time tu, ada orang lalu.
Aku pun panggil lah nak mintak tolong angkatkan air tuu.
Tengok muka dia, macam kenal tapi tak kenal.
Handsome. Sejuk je hati tengok.
Dia pun tolonglah angkat sampai ke meja urusetia.
Then aku cakaplah terimakasih apa semua kan. Dia pun senyum je, and oh mayn. Cair tengok dia senyum youuuu hahahaha
Esoknya pertandingan debat tu pun start.
Well aku ada ah jugak tengok. Tapi tak semua lah, sebab bosan.
Aku tak minat sangat.
Kalau pertandingan menari ke nyanyi ke haa minatlah hikss
Time tu kat luar panas gilaa, aku pun ambiklah kesempatan nak masuk dalam.
Well at least ada gak air-cond enn.
Kebetulan pulak rupanya time tu team si Razak yang tengah lawan.
Aku pun macam emm tetiba je minat pulak tengok debat hahahaha
Tapi macamtu jelah. Aku usha dia time debat tu.
Lepas habis tu takda pulak aku terserempak dengan dia.
Habis program tu aku pun kena attend class macam biasa.
Nak jadi cerita pagi tu aku lambat pulak sampai class.
Bukan salah akuu, semalam cakap class cancel. Tetiba pagi tu kata ada class pulak.
So sampai lecture hall aku pun duduk belakang sebab malas ah nak pergi depan.
Dah lah datang lambat haihh.
Time tu memang aku takdaa mood gila nak belajar kau tahuu.
Yelah aku dengan terkejar kejar nya mandi apa semua dengan tak breakfast lagi haihh
So aku keluarkan lecture note. Nak buat perhiasan je tuu.
Aku pun keluarkan phone lantas cucuk earphone sat and here come to my world.
Pastu aku keluarkan buku nota aku and start berangan apa tahh.
Tahutahu je tangan aku dah gerakgerak lukis gambar orangg.
Entah siapa siapa lah pulak aku lukis ni.
lepastu tetiba je dengar bunyi riuh riuh orang bercakap.
Aku angkat kepala tengoktengok orang dah start nak keluar class.
Ohh dah habis class rupanyaa.
Aku pun usha orang sebelah, dengan niat nak pinjam nota sebab aku memang tak dengar langsung apa prof ajar harini enn.
Aku pusing pusing je tengok orang sebelah ni tengah pandang akuu.
Mak kauu. Terkejut eden kau tauu haaa.
Entah since when dia pandang, aku pun tak perasan.
Lepastu dia pun senyum and said
'Hai. Ingat saya lagi ?'
hahaha nokharom punyaa soalan. Mana lah aku kenal dia ni.
Aku pun sengih jelahh and geleng geleng.
Dia pun ingatkanlah pasal yang tolong angkat air tuu.
And I was like oh god macammana aku boleh lupa dia ni haaaaaa
Then dia pun ajak pergi makan sekali, well aku pun memang tengah kebuluq ni.
Kitaorang pun pergi lah makan sekali and borakborak.
So dari situ lah detik perkenalan dengan Razak ehemm hahahaha

Okay kembali semula kepada cerita Zainab dan Leman.
Malam tu aku dekat library, yelahh next week dah start final.
Study lah kita yaa. So yahh time tu aku sorang lah.
Sebab Razak demam pulak. Ish ish ish kesian betul.
Pastu aku pun agak agak dah penat study tu, ingat nak gerak ah balik.
Lagipun perut sudah lapar. Sudah menjerit minta diisi ni.
Keluar library time nak cari kasut tu aku ternampak Leman.
Dia tengah berdiri dekat tiang betulbetul depan pintu keluar library tuu.
Aku pun buatbuat taknampak jelahh. Yelah kitaorang pun dah tak bertegur lama kann.
Aku pun buat dunno and cari kasut aku and pakai and oh yeahh tetiba phone aku ada vibrate.
Check check rupanya Leman ws akuu.
'Tumpang tanya, aku ni dah jadi halimunan ke apa ?'
Aku pun sengih sorang sorang. Nasib baik time tu tak hadap dia.
Then aku pun pusing, still lagi buatbuat taknampak dia and lalu sebelah dia.
Well nampak ahh muka bengan dia bila aku tak layan dia enn hehehe
Bila aku sampai je belakang dia, agak agak jauh sikit, aku pun tarik beg dia hahaha
Dia pun gelak gelak kata 'ingatkan dah jadi halimuan tadi'.

So then, kitaorang pun gerak nak pi makan sat.
Dekat one of our fav spot duludulu.
Nak menangis pun ada, bila dia suggest makan situ.
Yelahh macam nak mengimbau kembali kenangan lalu pulakkan.
Ehh ada tak aku bagitahuu sebenarnya duludulu tu aku suka jugaklah dekat Leman ni haa.
Yelah dia ni kira comel lah jugak. Ada rupaa haa gitu.
Tapi even dia tak bagitahu, aku rasa macam aku ni dah kena friendzone dengan dia.
So thats why aku macam distant kan lagi kitaorangg.
So time kitaorang tengah makan, mestilah borakborak kann.
Well dah ada peluang nak borak kann, takkan nak diam je.
Borak punya borak punya borak. Tetiba Leman sebut nama Razak.
Dia tanya apa hubungan aku dengan Razak sebenarnyaa.
Well. Mulamula tu aku macam terkejut ahh jugak.
Yelahh. sebab dia tetiba je keluarkan nama Razak enn.
Lastlast aku senyum pastu aku tanya dia. 'Cemburu ke ?' hahahaha
Hahahaha dia pun gelak and gelenggeleng kepala.
Yaa mulamula tu memang dia gelak, but then tetiba muka dia jadi serious.
Dia pun tanya lagi pasal aku dengan Razak.
Aku taktahulah kenapa tapi aku rasa macam serba salah pun ada.
Yelahh kalau aku nak kata aku takda apapa dengan Razak, nanti apa pulak kata Razak even kitaorang memang tak declare apapa lagi.
Tapi kalau nak kata aku memang ada apapa dengan Razak, well said, aku tak declare apapa lagi dengan dia. Buatnya tetiba kang dia kata dia tak suka pun dekat aku and not interested pun to be in a relationship dengan aku kangg. Haa tak ke naya ? Mana nak letak muka mak oii
Tengah aku fikirfikir jawapan yang paling sesuai nak jawab tuu, tetiba ada kucing datang kacaukacau.
Aku pun yang takut kucing ni mula lah bersila atas kerusi. Muka pun dah berkerutkerut.
Nasib baik pekerja kedai tu perasan and ambik makhluk tu bawak keluar.
Leman ? Hahahaha takyah tanya ahh. Dia awalawal lagi dah gelakkan akuu. Tak guna betul.
Malu aku tahu takk. Hilang my kemachoan hehh.
Bila keadaan dah stabil sikit, Leman pun bukak cerita.
'Kau ingat tak ? Kita ada kenangan dekat tasik sebelah kolej tu. Time tu kau baru je tegur akuu. Sehari selepas rasanya. First kau tegur time tengah jalan nak balik tu kann. Second time dekat tasik tulahh. Mulamula tu aku tak cam jugak kau, tapi bila kau tegur aku tu, aku pasti tu kau. Malu jugaklah time tuu. Yelah kau ni pun satu, nak tegur tu tak bagi salam pun. Dah lah aku panggil buatbuat tak dengar.'
Oh daym. Dia ni buat babak sentimental pulak nak main flashback flashback. haahaha bukan aku tak ingat cerita tuu, ingat sangat weh. Mana boleh lupa.
Aku yang memang malas gila nak pergi exercise ni, tetiba petang tu boleh ada dekat tasik tu siap dengan sports attire lagi ready nak jogging apa semua.
Tetiba aku nampak ada orang ni tengah jalan tapi tali kasut dia terlerai. Tengok gaya macam dia tak perasan je. Aku pun yelahh sebab aku ni jenis yang pakai redah je, tegurlah tali kasut dia tu.
Tapi aku tegur camtu jelahh. Time tu pun aku tengah jogging.
Ada jugak aku dengar macam ada orang panggil, tapi sebab time tu aku tengah dengar lagu, aku buat dek jelahh. Malas nak layan kan.
Well sebenarnya time tu aku tengah heartbroken. Ada orang mainkan perasaan kann. Penjahat tu nama dia Dollah. Dia kata suka dekat aku tapi keluar jugak dengan perempuan lain. Kemain mesra lagi. Kita ni bukan main lah dah bahagia sebab orang yang kita minat cakap dia suka kita kan. Ruparupanya auta je semua tuu hmm nak buat macammana kan.
Lepastu Leman sambung lagi babak sentimental dia.
'Malam tu pulak time tengah makan dekat sini lah. Ramai gila orang dekat sini malamtu kan. Ada gathering budak mana tah. Time aku datang tu, memang semua meja penuh. Lepastu aku nampak kau duduk sorangsorang. Kat meja nilah. Kau suka duduk dekat corner ni kan. Aku pun tanya boleh tak nak tumpang meja kau sebab memang penuh time tu. Kau pun jeling je aku and angguk. Aku taktahulah kenapa dengan kau. Tapi kau sikit pun tak pandang aku, kau pandang luar je. Lamalama aku perati kau ruparupanya kau tengah nangis even takda bunyi tapi aku nampak air mata kau mengalir. Laju. Aku pulak yang jadi sedih bila tengok kau macamtuu. Aku pun hulur tisu. Yang aku terkejut beruknya, kau ambik tisu aku tuu lepastu kau boleh pulak selamba badak hembus hingus depan akuu. Dah lah kuat pulak tu bunyi dia. Hahahaha Ya Allah sumpah aku terkejut gilaa. Dalam hatilah aku cakap kan, budak ni memang takda perasaan malu ke macammana enn'
Woiii yang ni asal aku boleh taktahuuuu. Wehh masa bila pulak dia duduk dengan aku malamtuu.
Nak nangis nya maluu hahahahaha boleh pulak aku buang je hingus depan dia time tuu. MasyaAllah sistar !
Baru aku ingat, yelah malamtu aku tengah jiwa kacau gila. Yelah dengan Dollah yang mainkan perasaannya. Dengan Fadhli yang bagi surat cintanya. Tu belum kira lagi assignment and proposal yang menggunung minta dirogol tuu haa.
Cuma yang aku peliknya, macammana lah aku tak perasan si Leman ni haa yang duduk depan aku time tuu hailaaaa
Aku dah tak tahu nak bagi reaction macammana dekat Leman. Yelah terharu pun ada sebab dia ingat semua. Malu pun ada. Bengang pun ada dengan diri sendiri ni haa. Asal lah aku ni bengong sangat.
'Ingat tak yang aku suruh kau jumpa aku dekat cafe tu ? Kau janji nak sampai pukul tiga kan. Yelahh kau lambat tiga minit je time tu. Tapi maybe kau tak tahu aku cancelkan presentation proposal aku petang tu sebab nak jumpa kau. Sebab aku tahu kau dah nak cuti time tu, kakak kau nak kahwin kann, so aku takut tak sempat nak jumpa. Yelah kau jauh dekat utara sanaa. Time tu dekatdekat nak pukul tiga, Arman call aku. Dia kata prof nak jugak aku present haritu, kalau tak dia taknak approve and tinggal aku je yang belum present lagi time tuu. Tapi aku cakap takpaa, aku taknak buat presentation tu. Sebab aku kena jugak jumpa kauu. Bila aku rasa macam dah lama je tunggu kau, aku pergi cari kau. Lepastu aku nampak kau tengah borak dengan Fadhli. Yaa Fadhli tu roommate aku, and aku tahu dia suka kat kau. Fadhli cerita, kau pun macam suka je dekat dia. Siapalah aku ni kalau nak banding dengan dia yang handsome tuu. Time tu aku tengah bengang gila dengan kau, sebab kau boleh pulak jumpa dia dulu. Sebenarnya time tu aku nak bagi kau ni'
Leman keluarkan something dari beg dia and handed it to me. Satu buku nota. Ya Allah serious weh, aku rasa macam nak nangis je time tu.
Aku pun ambik buku tu and memang tak mampu nak cakap apapa dah sebab terkedu punya pasal.
Leman pun senyum dekat aku and cakap 'Assalammualaikum'. Lepastu dia pun bangun and pergi.
Aku still terkejutt time tu. Taktahu nak buat apa. Aku nak halang dia pergi tapi kenapa aku kena halang dia ? Sebab kitaorang tak makan lagi ? Merepeklah.
Takkan nak kata sebab aku nak dia teman aku. Peliklah pulak tapi memang betul pun.
Lastlast, cuba tekaa ? Hahahahaha
Yaa again aku biarkan je dia pergi. Macam time dekat cafe haritu.
Aku ? hahaha taktahulah nak kata apa. Rasa sedih sebab tengok muka dia sedih . Rasa gembira sebab dah dapat 'something' yang dia nak bagi tu pun ada jugak. Tapi rasanya aku lagi banyak rasa sedih kot. Idk why.
Lepas je tu, makanan aku pun sampai. Patutlah Leman tak order makanan pun tadi, dia nak blah awal rupanya.
Aku pun emm makan jelah sebab lapar aku ni tak terubat lagi.
Sampai rumah, aku pun keluarkan buku nota tuu.
Perlahan lahan aku bukak.
Ehh ehh terbaliklah pulak. Terbukak dari belakang pulak rupanya hehehe
Ada satu ayat tulisan Leman kat situ :
'Mungkin betul orang kata, cinta tak semestinya bersatu.'
Aku dah pelik, ni dah kenapa pulak ni.
Aku pun start lah baca dari depan.
SubhanaAllah terkejut mak woiiii.
Buku tu pasal aku rupanya.
Ada gambar aku.
Ada ayat yang aku pernah sebut, siap dengan tarikh pulak tu.
Ada kertas yang aku conteng lukislukis time lecture tengah ajar.
Ada gambar favorite spots kitaorang lepak.
Diselang seli kan dengan bendabenda tuu ada satu cerita.
Tentang seorang perempuan yang nakal dan suka membuli seorang budak lelaki ni.
Cerita tu macam kenal je. Macam apa yang aku buat dekat Leman je. Haa sudah.
Dia cerita satusatu setiap apa yang aku buat dekat dia.
Aku tarik tie dia.
Aku tarik beg dia.
Aku sorok phone dia.
Kitaorang tukar kad matriks.
Kitaorang lunch samasama.
Kitaorang study samasama.
Kitaorang lepak samasama.
Sebijik macam hidup kitaorang dulu.
Cuma yang lainnya, cerita tu dah ke depan. Cerita tu ada endingnya.
Endingnya lelaki tu confess dekat perempuan tu sebab sebenarnya dalam diam, muncul rasarasa cinta dalam hati lelaki tu setiap kali perempuan tu kacau dia. End up perempuan tu pun suka dia and diaorang bahagia ever after.
Dekat akhir mukasurat tu, tulis -THE END-
Tarikhnya, sehari sebelum Leman ajak aku jumpa di cafe.
Kebetulan ke ? aku taktahuu.
Aku bukak muka surat sebelah, dah nak habis dah buku tuu. Ada dalam dua helai lagi.
Ada coretan lagi.
Hidup ni, kita hanya boleh merancang tapi kita tak boleh nak expect apa yang dah ditetapkan untuk kita. Aku suka kau tapi mungkin kau bukan untuk akuu. Bodohnya aku sebab menetapkan apa yang akan terjadi di masa depan. Macam aku boleh tentukan apa yang terjadi pulak. Kerana hakikatnya kini pasti, aku tak dapat apa yang aku nak kan. Aku tak dapat ending yang aku nak. Aku tak boleh nak follow cerita yang aku buat. Sebab apa ? sebab aku cuma manusia. Macam mana hebat pun aku rancang, if He say no then its a no. Aku takda hak langsung nak bangkang. Cliche sangat lah kalau aku kata aku doakan kau bahagia dengan dia kan. Kat sini, kasi lah aku doa biar aku dapat jumpa orang yang boleh padam nama kau dalam hati aku. Takdalah, aku doa jugak untuk kau. Risau sangat lah tuu haha'
Terkesima. Terpaku. Terkejut. Ter apa lah lagi haa. He onced love me young mannnnn. Dayyum.
Aku teruskan lagi selak muka surat sebelah. Ada tulisan lagi.
Aku taktahu pulak rupanya Fadhli yang syiok sendiri selama ni. Rupanya kau dah dump dia dulu sebab dia ada orang lain. Hahahahaha bodohnya aku sebab terlalu cepat buat keputusan time dekat cafe tu. Aku patut bagi je kau buku ni time kat cafe tu. Tapi aku tak bagi sebab aku fikir aku taknak kacau kau dengan Fadhli. Rupanya selama ni kau dengan Fadhli memang takda apapa. Tapi takpalah, ni lah namanya takdir kan. Ada hikmah nya aku jauh kan diri dari kau. Kau dapat kenal Razak. Yaa dia pun jauh lagi baik dari aku. Jagalah dia elok elok yaa. Jangan buli dia sangat okayy. Sorry, sebab baru sekarang aku dapat the courage to see you and kasi buku ni kat kau. Kenapa ? Sebab aku tahu, aku perlu move on. And aku dah jumpa dia. Orang yang boleh padam nama kau dari hati aku. Well honestly, belum habis terpadam lagi. Tulah aku suruh dia pakai Faber Castle, dia nak jugak pakai jenama Stabilo. So lambat lah sikit, Tapi takpaa, lamalama hilanglah tu. Terimakasih sebab bagi aku kenangan yang indah. Yang tu aku takkan suruh dia padam hehehe. But aku akan pastikan untuk cipta kenangan yang lagi indah with Joyah. I hope the same goes to you.

Dekat hujung muka surat tu ada tulis, 'Dont miss me, I will not be there beside you.'
Selak lagi dan jumpalah muka surat last yang aku first baca tadi.
Dan tamatlah buku tuu. Aku taktahu nak cakap apa. Selama ni aku suka dia tapi aku fikir dia anggap aku kawan je, rupanya aku tepuk ada bunyi.
Hahahaha tapi takpalah,Dia dah ada Joyah dia. Aku pun dah ada Razak aku. Biarlah begini.
Harapnya kitaorang bahagia.

Tu cerita hujung sem dua, sekarang aku dah nak grad dah pun.
Aku dengan Razak pun dah tunang hahaha
Leman ? Dia tukar course lepastu. Terpaksalah dia ulang balik dari sem one balik.
Aku ada jugak tanya kenapa, dia kata baru nak dapat hidayah. Apa kaitan lah aku pun taktahuu hahaha
Ya, kitaorang semua bahagia dengan kehidupan masingmasing.
-THE END-



Thats it people. Dah habis dah cerita I nii yuhuuuu.
Well if ada yang tertanya tanya, actually cerita ni nak mengisahkan perasan aku yang sedih waktu mulamula tu.
Tapi situation yang sebenar hanyalah dalam part 1 sahaja. Tu pun kemain jauh aku pusing jalan cerita dia taknak bagi korang tahu hal sebenar.
Part 2 pulak aku dah start reka cerita, tapi ada jugak ahh kaitan dengan situation sedih aku dalam part 1. Cuma banyak tambahan je.
Part 3 pulak ni nak habiskan cerita je. Takkan nak biarkan tergantung kan. Hodoh benor rupanya kangg.
But well, dalam part 3 ni kebanyakan nya memang di petik dari situation real life aku. Cuma dengan orang yang berbezabeza lah.
Aku compilekan dalam cerita ni so that nanti bila aku dah tua and baca cerita ni balik, aku boleh ingat kenangan dulu duluu. hahahaha
Sorry terlebih panjang.
Yang dah baca sampai lah ke sini tuu, arigato hozaimas !
Sayang anda banyak banyak.

Thats it,
With love and hate,
SazleenKmrzaman :)

Saturday, October 18, 2014

Zainab Dan Leman Part 2

Assalammualaikum dan hai hai hai.
Malas nak buat intro, baca jelah sambungan cerita Zainab dan Leman ni yaa.

Satu haritu, Leman ws aku. Dia kata nak jumpa sekejap.
Ada something nak bagi. Aku pun nasib baik time tu memang still ada dekat faculty lagi, so kira tak menyusahkan aku lah kalau nak jumpa dia pun.
Kalau aku dah sampai bilik memang tahap harlem shake kalau aku nak turun sematamata nak jumpa dia je.
So dia suruh jumpa dia dekat cafe. Time tu aku dekat library, actually kira jauh jugaklah.
Tapi sebab Leman ni dah beriya sangat nak jumpa, haa takpalah pergilah jugak kann.
Ontheway tu, terserempak pulak dengan Fadhli. Dari jauh aku dah senyum dah bila nampak dia.
Yelah sebab dia kawan aku jugak kann. Then Fadhli tegur, tanya pasal cuti aku.
Ehh buang tebiat pulak mamat ni tanya cuti aku bila balik mana apa semua.
Ruparupanya dia nak ajak aku jalanjalan sebab rumah kitaorang kira dekat ah jugak.
Aku pun well orang dah ajak kan, heheh kira on jelahh.
Then borak borak sekejap, tetiba teringat nak jumpa Leman.
So aku pun mintak diri lah nak jumpa si Leman and aku pun ciao pergi cafe.
Sampai je cafe, aku cari Leman. Berpeluh jugak ah ketiak nak jalan sampai ke sini enn.
Caricari Leman nasib baik jumpa, well time tu pun orang tak ramai sangat.
SO aku gerak pergi meja Leman. Time aku sampai tu, Leman sikit pun tak pandang aku.
Aku usha ahh muka dia, ehh merah siot. Aku fikir maybe sebab panas ke apa sebab Leman ni pun kira putih gak ah muka dia enn. Haa melting giteww hahaha
Yelah sebab kira meja yang dia duduk jauh sikit dari kipas. So memang panas. Aku takda ahh nak fikir lain time tuu.
Pastu aku baru je nak bukak mulut tanya, tetiba dia bangun and blah macamtu je.
Imagine. Dia tak cakap apapa. Terus blahh.
Ehh aku pun bengang lah enn. Dia ni nak main main ke menda. Ingat aku takda kerja ke nak bermandi peluh sematamata nak tengok muka masam dia ?
Oh god, seriously aku tak faham wehh. Kalau nak kata dia marah sebab aku lambat pun, tak logik sebab takdalah lama mana pun.
Aku janji pukul tiga, sampai pukul 3.03. Nasib baik terdetik aku nak gerak awal tadi ishh.
So, kalau dia nak marah sebab aku lambat memang nak makan penampar aku rasanyaa.
Tapi tapi tapi wehh, dia tak cakap apapa. Dia blahh macamtu je. Tak explain mendaa menda wehh. Hmm bengang dah lah aku ni.
Tadi beriya sangat nak jumpa katanyaa ada hal penting lah ada benda nak bagi lah.
Ni, sehabuk haram pun takdaa.
Tapi dah dia sendiri yang blah enn, takkan aku nak pergi kejar dia buat drama korea tengah tengah alam ni. Ehh memang kirim salam lah.
So aku pun biarkan jelah dia pergi. Aku usha je dia haa. Aku pun malas nak fikir terus aku order makan.
Lagi bagus aku membelanja diri sendiri daripada dok fikir pasal dia. ughh
So start dari haritu, aku merajuk dengan dia.
Aku taktahu kenapa aku merajuk tapi aku merajuk jugak.
Since tu, memang aku tak pandang dah dia. Sembang pun tak. Dia ws pun lambat lambat je aku reply.
Dalam sepanjang tempoh tu, aku ada lah kacau kawan Leman. Nama dia Piya.
Yaa Piya ni kira hotstuff jugak dekat sini, hebat kan aku hahahaha
Lamalama tu tetiba muncul pulak gossip aku dengan Piya ni haa.
Geng geng dia memang ramai yang mengusik kitaorang. Leman pun sama, usik aku jugak.
Well time tu, aku dengan Leman dah kira boleh ah bercakap balik. Aku pun malas ah nak layan merajuk lamalama sangat kan.
Takda faedah pun hewhew.
Leman tu pun, modal dia nak bercakap dengan aku bila usik Piya jelah. Sebab lain masa memang kitaorang tak bercakap sangat.
Kadangkadang aku jugak yang buatbuat taknampak dia hahaha jahatnyaa aipp
Tapi kan, aku sebenarnya sedih ni. Sedih sangat.
Sebab aku rindu Zainab dengan Leman yang dulu. Sekarang ni jadi awkward gila kalau nak bertegur pun.
Rasa pelik yang amat sangat tahu takk.
Dan aku biarkan je, kawankawan aku yang lain yang usik Leman.
Bak kata Leman, aku mengundur diri. Ehh ? 
Tapi aku rasa Leman tak perasan pun aku terasa hati dengan dia.
Sebab since kitaorang dah start baik ni, dia takda pun nak cakap pasal kes dekat cafe tu.
Aku pun malas lah nak tanya. Takut dia marah pulak. Sebab aku ada jugak dengar cerita disebalik tu tapi aku malas ah nak ambik port.
Malas nak percaya kalau orang lain yang cakap ni. Takut tak betul je. Lebih baik aku tunggu je tuan punya badan yang buka mulut kann.
Tapi aku. Tak dapat nak tolong diri sendiri. Bila masuk class yang kitaorang sama je, mesti aku cari dia.
Even tak duduk dekat dengan dia, tapi macam aku selalu je curi curi tengok dia time lecturer tengah ajar kat depan.
Yelah terbayang kenangan duludulu time kitaorang baru mula kenal kot hahaha comel sangat dulu.
Tapi tu dululah. Sekarang memang dah lain. Lain sangat.
Macam tak mungkin je kalau nak jadi macam dulu balikk.
Tapi aku taknak lah berbaik dengan dia. Sebab sakit hati tu still adaa.
Yelah. Sampai sekarang, dia tak explain lagi kenapa dia blah macamtu je time dekat cafe tu kan.
And sampai sekarang, dia tak bagi pun benda yang dia janji nak bagi tuu.
Aku terkilan tahu tak, even aku tak pernah mintak apapa dari dia.
Aku rindu sangat, kitaorang yang dulu.
Dan aku benci sangat, semua.
Semua yang menyibuk dalam hidup aku.
Yang menyibuk nak usik apa treasure aku.
Yang sibuk suruh aku jaga hati dia padahal dia tak pernah reti nak jaga hati aku.
Yang sibuk nak hancurkan kebahagiaan aku.
Yang sibuk nak jatuhkan aku.
Yang sibuk nak condemn aku.
Yang menyibuk dalam semuanya. Menyibuk. Menyibuk. Menyibuk.

End of part 2.
Cerita ni tak habis lagi. Tapi apa yang terbuku di hati dah disampaikan dah.
Even aku rasa makhluk makhluk yang berkenaan takkan baca pun ni tapi well belog aku kan sukahatilah.
Sambungan part 3 taktahulah bila lagi nak sambung. Doakan vitamin M ni dapat dikurangkan.
Dalam part 3 nanti aku cerita apa sebenarnya yang terjadi. Disebalik takbir. Disebalik perasaan.
Kahkahkah.

Till then.
With love and hate,
SazleenKmrzaman.

Friday, September 19, 2014

Zainab dan Leman Part 1

Assalammualaikum and hello fellas :3
Bersyukur sikit sebab akhirnya ada jugak nafsu nak update entry sini hewhewhew
So actually harini ada something nak cerita.
Sumber asal story ni actually dari pengalaman sendiri yang telah mematangkan aku selama 18 tahun di atas dunia ni aihh
Acewahhh hahahaha tapi dah ditukar sikit sikit sebab taknak kasi korang tahu benda yang sebenar :P
Jadinyaa begini

Aku ada satu cerita.
Nama aku manusia hmm misal kata lah nama aku Zainab. Okayy nama aku Zainab.
Aku ni pulak jenis suka berkawan. Tapi mostly kawan aku lelaki.
Sebab perempuan ni susah lagi menyusahkan.
Ehh tak lah. Sebenarnya sebab mengikut norma manusia, aku ni perempuan so attraction mestiah towards lelaki kan.
Takkan lesbian pulak. Susah kang haa.
Jadi aku telah berpindah ke sebuah tempat yang baru.
Mengenali mukamuka asing.
Cuba mengadaptasi diri.
Cuba untuk bahagia.
Semua aku cuba.
Tapi aku rasa macam ada satu bahagian dalam jiwa yang missing in action.
Hilang kat mana ? entahh
Manalah aku nak taktahuu. Kalau aku tahu dekat mana dah lama aku pergilari kejar ambik balik kann.
Tapi masalahnya, aku taktahuu.
Jadi aku cuba jelah nak sesuaikan diri.
Tapi rasa dia memang susah. Sangat wehh.
Ohh ceritanya yaa ?
Begini.

Aku ni jenis suka kacau orang.
Lagi lagi lelaki.
Tak kiralah handsome ke tak ke. Tapi aku suka kacau macamtu jelahh.
Takdalah lebih kemana mana punn.
So satu haritu, aku dalam perjalanan nak balik rumah.
Dekat depan aku tuu ada satu geng lelaki sedang berjalan dengan lenggang kangkungnya. *flips hair
Dan ada sorang manusia tuu, dia agak terkebelakang sikit.
Diaorang ni semua sama course dengan aku.
Ohh ada sorang yang terkebelakang sikit tuu, dia tengah baca buku sambil jalan. But still, dia follow the crowd lah.
Dan aku yang dah tak sabar nak balik rumah ni pun jalan laju laju tapi kira macam kena block dengan geng lelaki tulahh.
Jadi aku pun tegur lelaki yang terkebelakang sikit tuu.
Lets say nama dia Leman. Aku pun tegur,
"Jalan pandang depan"
tu je aku cakap. Lepastu dia balas,
"amboi kasarnya"
Aku pun gelak. Sebab tak sangka dia balas macamtuu.
Lepastu kitaorang pun start lah borak.
Tanya asal mana. Duduk dekat mana apa semua kann.
Jadi dari situlah, start perkenalan kitaorang.
Esok esok tu disebabkan kitaorang sama course, selalulah sama class ikut lecturer kann.
Maka selalu jugaklah aku kacau dia bila dalam class.
Dia kata aku jahat sebab suka buli dia. Ish jahatnya diaa.
Aku ni kemain baik macam malaikat dia kata ku pembuli hahahaha ish ish ish
Sampailah one day tuu, dah nak habis first sem.
So Zainab dan Leman akan berpisah sebab rumahnya jauh jauh.
Zainab orang utara, Leman pulak orang Johor. Hmm nak buat macammana.
Then haritu, time masuk class aku pun babai babai Leman. Cakap sedih nak berpisah lahh apa semua.
Siap buat muka sedih lagi hahaha
Tapi sebenarnya aku taklah sedih sangat pun.
Buat buat je sebab aku suka sangat kacau Si Leman ni haa.
Then tetiba bila nak balik rumah tuu, ada satu number yang tak dikenali ws akuu.
Bukak profile picture rupanya si Leman. Aku pun bahagialah sebab dia macam kisah pasal aku kann. Ehh ? hahahahaha
Bukak je sem dua tuu, kitaorang still banyak class yang sama. Jodoh apa tahh.
Time tu pulakk geng geng girls akuu ni dah start kacau Leman, semua orang pun nak Leman.
Aku rasa terancam hahahahaha
Memanglah aku takdaa feel dekat Leman tu, but still rasa tak syiok lah kann.
So since then, aku dengan Leman pun dah renggang. Aku pun dah jarang kacau dia.
Dah tak buli dia.
Dah tak sorok buku dia.
Dah tak tarik tarik tie dia.
Dah tak tukar kad matriks dengan diaa.
Rasa pelik pulak. Janggal sangat.
Bak kata Leman aku mengundurkan diri lah ni hahaha
But that sounds weird duhh.

Okayy I shall stop. Dah panjang ni.
Nanti aku sambung :3
Till then.
Love and hate,
Sazleen :')

Friday, August 22, 2014

Crushes and My Brokenhearted.

Heyyo ulala.
Assalammualaikum sekalian peminatku~ ecewwah bajet retis pulakss
So hai hai hai semuanya rindu nak meluahkan perasaan di sini.
Kesibukan dan line yang supo tahi di sini memang menjadi batu penghalang terawesomee akuu selain daripada sifat malas yang semakin hari semakin menular di setiap zarah zarah dan neuron neuron yang masih gagah membentuk diriku yang masih boleh berdiri ini.
Ambik hangg :P

So actually memang terlupa langsung pasal blogg ni.
Takdalah lupa langsung tapi macam hidup segan mati tak mahu lah katanya haa.

Jadi begini, harini actually nak meluahkan rasa sedikit tentang kisah heartbroken akuu di kuala nerang.
Hahahaha bo ohnyaa aku. cehh takdalah menda mendaa pun actually.
Cemni tauu.
I kan sepanjang dah tiga bulan di Kolej MARA Kuala Nerang ni haa, so far I ada dua crush.

So yang first I bagi nama HELANG.
Why Helang ?
Haihh sukahati I lahh :*
So I kan, sukaa gila ushaa dia. tehihikss
Dari jauh jelahhh.  Of course :'(
Sometime somehow aku rasa macam dia dah perasan pun ada sebenarnyaa.
Sebab kadangkadang dia pun macam pandang balik but I dont know lah if dia usha orang lain T^T or normal lah dia pandang sekeliling kann *tusuk hati dengan pisau*
I pun kept on usha-ing him and rasa sukaa lah AHAHAHAHAHA
Tapitapi he's kinda hot so normal lah bila ramai orang usha dia jugak kann.
But then one day, kawan aku yang tahu pasal aku crush on him pun cerita that roommates dia pun usha that HELANG and seems like HELANG pun usha dia because because adalahh :'(
So aku macam heartbroken gilaa and macam dah takda semangat nak teruskan crushing punya cerita.
And and and yang paling aku benci because bila aku dah stop nak suka dia, selalu pulak kitaorang bertembung.
Pergi koop nampak, balik koop nampak, keluar class nampak, keluar surau nampak Ehh ? hewhewhew pokoknyaa memang selalu bertembung lahh
Dulu kann time I macam tengah minat gilaa dekat dia and I macam cari cari dia because I sukaa tengok mukaa mata dia kann, takda pun selalu ternampak ke mendaa
hmm memang takdir sengaja cemni enn. haihh sabor jelahh.

So yang second pulakk,
I bagi nama WHATSUP.
Why whatsup ? hahahaha again, sukahati I lah kann wuuu :P
Actually I takdaa bagi nama apapa pun dekat dia, ni baru terfikir ni haa hahahahaha
Dia ni alahai wa cakap lu memang habis sopan lah si l.
Memang tak usha perempuan *maybe* tapi dari observation akuu, memang tak lahh.
Nak cakap dengan perempuan pun susah.
Sopan sopan giteww. Tu yang aku macam alahai turned on nyaaaaaaaaaa
Ohh kitaorang sama lecture. Tapi tak sekelas.
So girls class aku memang semua tahu lah rasanyaa.
Tapi kalau lelaki rasanya aku diam diam je sebab tak rapat sangat dengan akuu.
But somehow, ada this particular heartbroken bang ng day when ada seorang lelaki class aku, lets say nama dia SUSU, tetiba tegur akuu and time tu dia jalan dengan that WHATSUP.
Then, dia boleh pulak peluk bahu whatsup, tepuk tepuk dia and pandang aku and senyum senyum penuh makna dekat akuuuuu
faham tak maksudnyaaaaaaaa
Aku pun macam peliklah macammana dia boleh tahu kannn.
So then after that time dalam library I lepak dengan SUSU and ada lagi several guys yang lain
Aku pun ambik that oppurtinity nak bedah siasat SUSU
Macam mana dia tahu apa semua kann
Tapi tapi tapi dia tak jawab sebaliknyaa bagitahu I another thing about whatsup.
SUSU cakap that whatsup dah ada awek and awek dia cantik gilaaa
owemgeyyyy
Dengar je tuu, I jadi taktahuu nak cakap apa.
All of my thoughs that fikir dia macam jenis sopan apa semua tu semua hilangg
And so, thinking that I wont have any chance no more.
Soooooo I decide nak give up je lahh crushing on himm.
Tapi dia terlalu baik hmm alah alahh sedihnyaaa
Tapi biarlahhh dia. Harap dia bahagia hahahaha puihh ajetnyaa akuu

Hmm so thats it, ceritaa heartbroken akuu yang sangat sedihnyaa alahaiii
Ehh ehh nampak macam cerita pasal Whatsup lagi panjang je, hahahahahahahaha
I dont know why lahh :P

So finally, tinggallah aku semula di dalam #TeamForeverAlone
Hahahahaha nobody wants me T^T sobs sobs puihhh kahkahkahkah
Sampai sini jelah post kali ini.
Tunggu lah pulak bila bila neurone aku nak bersynapse and memancarkan gelombang waras supaya aku kembali rajin di belogg kesayangann.
Hahahahaha

Ohh btw now Im a student of Foundation in Science and Techonolgy for UniKL at Kolej MARA Kuala Nerang and and and inshaAllah akan further at UniKL BMI in medical electronics.
Haaa nampak tak betapa waja nya akuu hehehehehe

so thats all from me ya sayangansss.
Till then.
With love and hate,
Me :')