Pages

Sunday, September 20, 2015

Cerpen CSI yang tak jadi

Kisahnya ada nampak contest dekat twitter ni haa. Contest buat cerpen ala ala csi gituu. Mulamula tengok gitu je iklan abang jack tu, but then tetiba dapat idea. Tapi cerita aku tak pasal csi langsung. Ni pasal cintaa hahahahaha sebab tak reti buat cerita csi. Pehtu tengok blog ni lama pulak tak update. Saja je post sini. Contest tu dia ada bagi several keywords which are (dadah yang dipercayai milik mangsa, surat wasiat, racun dalam badan mangsa, kayu yang patah dua and ada darah dekat kayu tu and ada lagi satu rasanya. Tapi tak ingat) so kau kena guna keywords ni dalam cerita kau.
Aku pun yang tetiba datang idea ni pun menaip. Tapi tak menanglah sebab cerita aku bukan pasal csi pun hahahahahahaha So korang mestilah nak baca kan apa yang aku terfikir bila nampak keywords tuu huhu kalau korang taknak baca buat apa datang sini huhuuhuhuhu baca lah baca lah okay ? mana lah tahuuu ada bakat jadi penulis novel bersiri seram ke apa ke kann huhu okayy dah pergi baca bawah ni hiks happynya sayaaaa hewhew

Di malam yang suram berteman hembusan angin bayu yang mendamaikan, berjalan aku sendirian merentasi jalan sepi itu. Ya, jalan yang biasa kita lalui untuk pulang bersama saban hari sebelum ini. Namun ku lihat malam ini semakin sepi kerana saat ku menoleh ke sisi, bukan wajah kau yang menyambut pandangan mata, bukan suara tawa kau yang menyambut senyuman mesra dan tiada tangan kau yang memegang erat lenganku. Kerana malam ini, di jalan ini, hanya ada aku bersama surat wasiat yang kau tinggalkan sebelum kau pergi menyambut seruan ilahi.
Meski kau pergi dengan pilihan kau sendiri, aku redha. Mesti ada sebab kenapa kau buat macamtu kan. Mesti ada sebab kenapa kau tinggalkan aku kan. Mesti ada sebab kenapa kau ambik keputusan macam ni kan. Dan bila kita berjumpa sebentar lagi, akan aku tanya semua persoalan ini. Ya, seperti kau yang mengambil dadah untuk menghilangkan masalah kau, aku juga akan mengikutimu sayang. Berbekalkan racun yang aku cipta, aku tahu aku mempunyai beberapa jam lagi sebelum aku menemui kau di atas sana. Sabar sekejap ya.
Sedih ? Kenapa perlu kau sedih. Aku juga ingin mengikut jejak kau. Kalau kau sedih dengan keputusan aku, kau patut sedih dengan keputusan kau dahulu. Aku buntu. Aku tak tahu. Aku juga ada jumpa tinggalan tinggalan dadah tak guna kau tu, jadi aku bawa bersama ke sini. Dengan harapan aku dapat kasi kau bila kita jumpa kejap lagi.
Sebenarnya aku tahu juga cerita disebalik dadah ni. Bukan milik kau pun kan ? Ya aku tahu. Kau curi dari kawan kau kan. Kau ingat dengan kau mati mereka semua dah lupakan apa yang kau buat. Mestilah kau silap. Bukan sikit yang kau ambik ni. Akibatnya, mereka mesti sedang mencari aku sekarang. Dan berita gembira ? Mereka dah jumpa aku. Gagah gagah semuanya. Aku pun tiada kuasa nak melawan. Tapi perkara terakhir yang aku ingat sebelum aku jumpa kau, ada benda keras hentak kepala aku seiring dengan bunyi benda patah. Mungkin kayu yang mereka pegang tadi. Boleh rasa ada benda mengalir dekat dahi aku, mestilah darah kan. Sebelum sempat diaorang nak bagi hadiah kedua, dapat aku dengar bunyi siren polis menghampiri jalan ini yang tak lama lagi akan dipanggil 'tempat kejadian'. Tak perlu nak teruja bila ada polis datang, dekat kampung kita ni bukannya dia pernah buat rondaan pun. Ini bukan keajaiban, aku yang telefon diaorang dulu tadi. Harapan sebenar supaya sekurang kurangnya tiadalah mayat aku dimamah anjing liar nanti.
Sempat juga aku dengar carutan dan makian mereka sang pemberi hadiah yang bergegas meninggalkan aku. Dan suara suara serta kebisingan itu ku rasakan semakin sayup seiringan pandangan mata yang makin kabur. Masanya sudah tiba. Kini aku datang semula kepada kau. Semoga segalanya bermakna.

Cerita ni actually tak macam cerita pun kann. Alah jangan lah frust okayy i love youuuuu
Cerita ni lebih kepada manolog dalaman seorang suami yang baru kehilangan isteri dia sebab dadah. Alahh korang tak boleh expect semua benda dalam dunia ni indah indah belaka, di sebalik bentuk bumi yang lain ada banyak lagi cerita yang tak sama dengan kisah kita, Mungkin kita anggap orang lain teruk, tapi kita pun bukannya bagus sangat pun kann ? Everyone pernah buat salah silap dosa so kita ni siapa nak judge diaorang by cerita diaorang. Tapi untuk diri sendiri, selagi boleh elakkan lah buat kesalahan yang akan merosakkan diri kita keluarga dan negara haaa giteww. And for orang orang kat luar sana yang pernah tersilap langkah, ingat, everything is not over yet. Selagi ada masa, selagi tu masih ada peluang untuk kita betulkann diri.
Sekian kisah penuh misteri kononnya.
With thoughts,
SazleenKmrzaman;)

Thursday, July 2, 2015

I hidup lagi tau

Assalammualaikum and hi everyone :)
Actually got nothing to say pun. Saja je nak update so that everyone tahu yang aku masih hidup and masih mencari apa yang aku cari. Apa benda tu ? Hahahaha takpalah, biar aku je yang tahu.
So its the second of July already and so apa achievement korang untuk tahun 2015 ni ? Hmm mesti ada yang dah berjaya berjaya gembira gembira happy happy, congrats then. Tapi harapnya tak lupa lah dekat orang lain yang tak berapa nak bahagia gembira happy semua okay.
Kenapa kita kena kisah pasal orang lain ? MashaAllah guys, itulah indahnya perkenalan. Kita hidup atas dunia ni bukannya sorang sorang okay. In fact, kita hidup dalam community. So teruk macammana pun members of our community tu, tak sepatutnya kita abaikan dia. Apa yang patut ? Kita tolonglah dengan apa yang mampu. Kalau tak mampu ? Hmm doakan pun dah cukup okay :)
Memang ada orang kata your life will get 200% easier when you dont give a fvck about anyone else, tapi sampai jauh mana kita nak tak pedulikan orang lain tu. Ada masa, kita kena ambil kira juga apa yang orang lain cakap pasal kita. Kenapa ? Because that was the easiest way to muhasabah diri kita. Taknak ke jadi a better person ? Mesti nakkan.
Okay lah, doesnt have any intention to make this long pun hehe. Actually aku tengah usahakan satu post pasal life-post-kmkn. Tapi tulah, disebabkan diri ini begitulah rajin (bukan maksud sebenar), so dah berapa lama pun tak siap siap lagi post tu. And plus i taknaklah terus post that entry secara tergesa gesa because ada banyak gila cerita nak share tuu. So kalau i post the one yang cam cincai boncai je, nanti in the future I jugak yang cam menyesal gila babs because I might lose those memory kann. Ohh and and and im working on my another cerpen kononnya, tapi tak sampai half pun lagi. Yang ni memang 100 percent fiction and takda kaitan dengan siapa siapa tapi cam ada ah gak ambik situation dari real life sebagai pembakar semangat kot hehehe yang tu pun later I update okay.
Sampai sini jelah dulu. Selamat berpuasa :)
With love and you,
SazleenKmrzaman.

Sunday, April 5, 2015

Sebuah Move On

Assalammualaikum.
Its been a while and lots of thing have came up but its all worth to be remembered.
Aku pun dah habis study in KMKN and now tengah cuti dua bulan before start practical june nanti. So, topic kita harini. Move On.

Move on.
Selalu dengar ?
Selalu sebut ?
Ke selalu kena apply ?

Move on.
Dengar macam senang kann ? Tapi apa maksud sebenar di sebalik perkataan enam aksara tu.
Senang nak sebut, tak senang nak buat.
Senang nak kata, tak senang nak praktikkan.
Senang nak cakap, tak senang nak hadapi.

Move on ni terjadi bila ada benda yang hati kau begitu attached to it, tapi reality doesnt let you to have it.
Move on ni bukan cerita dalam kisah cinta je, actually semua benda pun memerlukan kita untuk move on.
Semua orang pun kena move on bila tiba masanya.

Ap motif kau?

Sekadar nak tengok balik kejayaan diri sendiri.
Aku menulis ni bila aku tengok balik secara keseluruhan.
Bukan sekadar apa yang aku baru lalui ni je.
Well said, untuk diri seorang sazleen ni, kalau setakat nak move on dari crush crush dia tu takdalah susah mana.
kenapa ? Sebab dia tak pernah serious pun soal hati dan perasaan ni.
Tapi tapi tapi dia ni suka betul exaggerated in everything, suka over haa gitu.
Tu yang kadang kadang jadi susah bila dah terbiasa.
Move on yang paling susah is bila kau kena move on dari diri sendiri.
Yelah, sebab kalau nak move on dari someone at least that person is there. Kau nampak dia and kau nak get over that person.
Tapi kalau nak move on dari diri sendiri ?
Selama ni kau hidup, kau dengan diri kau, memang dah jadi satu.
contoh macam dalam post aku sebelumsebelum ni, move on dari result spm.
Move on dari rasa sedih yang sangatlah mencucuk jiwa.
So, kau fikir senang ?
Tak. Memang tak senang.
Tapi bila kau nak, bila kau ada will, bila kau yakin dengan diri sendiri, semua jadi senang.

Okay menurut teori aku, move on ada empat stage.

Sedar, Cuba. Sakit. Lupa&Hidup.

Stage pertama; Sedar.
Sedar starts when otak kau mula faham apa yang terjadi in that particular situation.
Bila kau mula faham dekat mana duduknya diri kau dalam cerita tu.
Bila kau mula tahu apa yang sepatutnya terjadi and what is not.
Bila kau dah cukup matang untuk kau sendiri dapat analisa apa yang sedang terjadi.
Jadi saat tu, kau SEDAR yang kau kena move on.
Lebih kurang macam frasa permulaan lah.

Stage kedua; Cuba.
Cuba pulak bermula lepas kau dah sedar yang kau kena move on.
Time tu kau pun cuba nak lupakan apa yang terjadi.
Kau  cuba cari benda lain untuk distract diri sendiri.
Kau cuba cari helah untuk tak hadap orang tu.
kau cuba cari the best solution nak selesaikan masalah kau.
Kau cuba semua yang ada so that kau boleh lepas.
Proses mencuba tak bermaksud lari.
Tak bermaksud kau boleh lari dari masalah kau dengan ambik jalan senang like suicide or drug consumption.
Come on guys, kata nak move on kan ?
Lari dari masalah doesnt count in move okay guys.
Apa ? Susah ? Hahahahaha apa benda yang senang dalam dunia ni. Semua benda susah, tapi ada cara nak senangkan.
Macammana ? MINDSET. Yaa. Kuasa minda ni hebat tauu.
Sebabtu wujudnya hypnotise and such. *pengaruh cerita Jekyl Hyde and Me
So, what you need to do is set kan otak kau supaya terima semua yang terjadi ni and set to a better future.

Seterusnya,
Stage three; Sakit.
Yaa tengok perkataan sakit pun dah dapat rasa sakit dia kan.
Lepas kau dah cuba untuk lupakan and nak jadi someone yang better, pasti akan ada halangan weh.
Like if kau nak lupakan someone tu, dia akan lagi selalu muncul depan kau ke. Selalu muncul dalam mimpi kau ke or akan terjadi banyak benda yang mengingatkan apa yang pernah kau buat dengan dia.
Tu contohlah, sama je kalau kau nak move on dari benda lain pun. Lebih kurang je semua.
Pada aku, stage ni paling teruk. Paling susah.
Sebab people tend to give up here.
Sebab ada orang tak sanggup nak habiskan rasa sakit tu.
And kalaulah, kalaulah dia tahu yang sakit dia rasa tu tinggal sikit je lagi nak habis.
TInggal sikit je lagi nak berjaya.
TInggal sikit je lagi weh nak jadi better.
Tough memang tough, tapi nak berjaya ke tak ? Nak move on ke tak ni ?
Usaha lah sikit okay.

Last,
Stage four; Lupa dan Hidup.
Yaa bila kau dah cukup rasa sikit, kau akan jadi immune dengan rasa sakit tu.
Macam kau harihari kena cubit, lamalama kau pun rasa kena cubit tu macam kena geletek je.
Dalam stage ni, bila kau nampak dia pun kau tak rasa apa dah. Bila kau pergi tempat yang korang selalu pergi pun takda nak sedihsedih dah.
Bila kau ingat balik apa yang terjadi pun kau siap boleh gelak lagi.
Meanwhile bila dah immune, kau tak perasan pun yang sebenarnya kau dah berjaya lupa apa yang kau nak lupa.
Kau dah berjaya gerak dari spot lama kau.
Kau dah berjaya jadi someone better.
Wise word from The Prophet PBUH said that orang yang beruntung itu ialah orang yang menjadi lebih baik daripada dirinya yang semalam.
So, bila dah berjaya move on. Apa lagi, teruskan lah hidup wahai jiwa yang memerlukan nafas baru.
Jadilah orang yang lebih bersemangat.

Thats it. Tamatlah sebuah kisah move on.

Aku menulis untuk tolong orang lain.
Bukan nak kata aku expert or what tapi lebih kurang lah hiks
Dalam hidup aku, dah banyak kali jugak aku kena move on.
Bukan setakat bila nak lupakan someone je, kemon guys.
Aku pernah knea move on dari kawan yang backstab,
dari situation yang menuduh aku,
dari situation yang semua orang salahkan aku,
dari situation yang buat aku rasa serba salah,
dari situation yang buat aku sangat sedih,
dari situation yang aku rasa aku dah hampakan semua orang,
dari situation yang buat aku benci semua orang.
Semua tu aku dah pernah rasa.
Bayangkan kalau aku tak move on ?
Berapa banyak benda yang aku dah achieved sekarang aku takkan dapat achieved ?
Berapa banyak perkenalan yang aku takkan dapat alami ?
Berapa banyak cerita baru yang aku takkan dapat experienced pun ?

Well said, pengalaman mematangkan kita.
Jangan pernah salahkan apa yang terjadi okay, everything happens for a reason.
Dan disebalik kesusahan ada kesenangan.
Theres a rainbow after rain.

So guys, chin up and move on.
I know we all can :)

I guess till then.
With love and love,
SazleenKmrzaman.

Tuesday, March 10, 2015

#SisMencuba

Assalammualaikum dunia semua :D
Harini kita main cuba cuba ajet puitis sikit.
Yang penting, maksud hati I sampai.
Mind the flaws.

Life was like a journey along a mysterious road. You will never knew what is in front of you. Neither good nor opposed to it, you must faced it by any harm. If you wish to stay on the same spot and not moving, thats it. Your journey will never reach it ends.
Sepanjang kehidupan juga ada banyak perkenalan. Di sepanjang perkenalan, ada suka ada duka. Lagi lama kita kenal, lagi banyak kita tahu pasal dia. Their inner self pun akan makin lama makin tunjuk belang. Showing their true colors. Lagi banyak kita tahu pasal dia, lagi banyak kemungkinan yang ada. Kemungkinan untuk kita meneruskan perkenalan ataupun berhenti di situ lantas menjadi orang asing antara satu sama lain. Kemungkinan kita nak tunggu atau bergerak mencari perhentian yang baru lantas memulakan episod penjelajahan yang penuh tanda tanya. Kemungkinan untuk kita terus sayang atau mula membenci. Kemungkinan untuk bersahabat atau bermusuh atau berkasih. Kemungkinan untuk kita menjadi sahabat sejati sehidup semati. Kemungkinan untuk aku mula mengalih hati.
Jadi, bila di setiap kemungkinan dan kita lantas telah memilih arah yang sedikit tergelincir dari harapan bin impian, siapa yang patut dipersalahkan ? Adakah salah hati yang memberontak ingin dipenuhi keinginannya. Atau salah akal yang terlampau memikir baik buruk sesuatu perkara sehingga menjadi takut dan gusar untuk memilih. Adakah salah jiwa yang menuntut sebuah kebebasan daripada apa yang membelenggu selama ini. Atau salah mulut yang terlampau lantang, lancang malah lancar menyuarakan suara hati yang terlahir dari perasaan tanpa memikirkan kesan daripadanya. Atau mungkin salah mata yang selalu tertarik kepada sesuatu yang indah sehingga begitu bias dalam memilih. Atau salah telinga yang begitu asyik menadah tuduhan tuduhan, cerita cerita atau kisah dongeng yang dicipta semata mata sebagai perasa, perencah dalam cerita sebenar yang tawar rasanya.
Andai kamu menjadi aku, kemungkinan manakah yang akan kamu persoalkan. Kegagalan manakah yang akan kamu persoalkan. Kejayaan manakah yang akan kamu perkecilkan. Hati manakah yang akan kamu lukakan tanpa sedar.
Sungguh diri ini begitu kerdil dalam mengerti maksud kehidupan. Sungguh aku dunggu dalam mentafsir maksud hati. Sungguh aku buta erti perhatian yang diberi.
Malah setiap senyuman, setiap teguran, setiap tutur kata yang dilafaz atau di hantar melalui whatsapp, setiap gambar yang kononnya mampu berbicara, setiap cerita yang aku ceritakan dan aku sangka begitu ramai yang memberi perhatian padahal mereka sebenarnya mencari isi untuk dikeji, mencari silap untuk dicaci, mencari ruang untuk mendaki.
Dan setiap yang datang itu pasti akan pergi bila masanya sudah tamat. Dan setiap yang hidup itu akan mati pada pengakhiran sebuah cerita. Dan setiap yang berlaku itu tersembunyi seribu hikmahnya. Tetapi untuk orang buta seperti aku, manakan bisa aku cari alasan yang munasabah untuk setiap masalah yang datang menerpa, lalu aku menyalahkan takdir mengapa hidup aku begini. Sedangkan aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada. Bersyukur dengan setiap perkenalan walaupun ada yang menyakitkan. Bersyukur dengan setiap hikmah yang masih tersembunyi mungkin masanya belum tiba. Apapun, bersyukurlah.
I have no good look, no good figure, no good brain, no good money, no good manners, no good in what you want, but I have a big goodbye for those fellas who only chased after that.
Semua orang ada masalah, ya. Lain orang, lain masalah. Tapi tahu tak masalah aku dah cukup bermasalah untuk aku. Jadi untuk aku menambah masalah dengan mencari masalah orang lain maybe was not a good idea. I dont know how those counselors do their work.
Konklusinya ?
Berhentilah saat kau lelah, sayang. Berhenti sebentar dan toleh ke belakang. Bukan untuk kau berundur, tetapi untuk kau analisis. Telah jauh perjalanan yang kau daki, apaa kau sudi terus berhenti ? Lari dari mimpi yang kau bina pasti dan pahat dalam hati ? Kelak kau juga yang akan tangisi setiap perhentian yang kau tempuhi lalu bertanya kepada diri sendiri, mengapa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyedari hakikat ini. Ketika itu, teruslah melangkah sayang. Jangan menoleh lagi kerana kejayaan pasti telah kau hampiri. Kejayaan to get over yourself. To mend all the broken part. To cut off all the bitchy fellas. To be the one you aimed along the time.

Aku tahu kau boleh.
Kuat.
Aku tahu aku kuat.

That will be all for now.
Salam.
With love and hate,
SazleenKmrzaman.

Friday, January 2, 2015

Its a New Year

Hai, Assalamualaikum :)
Lama dah tak tulis ni, dah masuk tahun baru dah pun.
Hmm lawak hambar. Gelak lah jugak.
Btw, this will be my first post in 2015.
Yepp peeps, its already 2015.
Well people said that a year older, a year wiser.
Maybe with the increment of the year youre in or maybe increment in the year of your age, it doesnt matter i guess.
Avicci ada pesan, so wake me up when its all over. When i am wiser and im older.
Lebih kurang macamtulah kan dia pesan :')
Tapi pada aku, kenapa kita kena hadapi hidup yang senang je. Hidup bila kita dah matang je ? Seriously bro kau nak macamtu ?
Well maybe we just had an obviously different point of view. Kenapa ? Sebab pada akuu, kalau kita nak face semua yang senang je, mana pergi dugaan and cabaran dalam hidup ? Hidup ni, kalau nak everything fits in place je pun tak boleh jugak. Nanti hidup hambar je, takdaa turun naik. Nak macam tuu ?
Aku bersyukur gak sebenarnya hidup macamni, ada turun ada naik. Ada masa orang suka, ada masa orang benci. Ada orang yang sentiasa support aku. Ada orang yang main cakap belakang. Ada orang yang sayang aku, Ada orang yang benci aku. Well, they do colored my life so far. Takdalah hidup aku ni macam .........................................
Haa macamtuulahh hahahaha
Even aku mengaku gak ahh, bila ada cabaran tu, memang aku mencarut sumpah seranah semua. Tapi bukan ke tu semua pengalaman ? Pengalaman untuk aku, pengalaman untuk kenal dunia.
Kadangkadang bila buat benda bodoh and gila and tak masuk akal and tak sepatutnya dibuat tu aku menyesal gak sebab buat. Tapi aku rasa maybe aku akan lebih menyesal kalau tak buat. Well at least aku dapat kenal ramai jenis orang.
2014 is  great year eventually.
Aku masuk tahun ni dengan kerja dekat HariHari . Time tuu tengah conflict gila dengan supervisor kat situu. Sakit hati harihari kena tahan diaorang punya mulut. Well kehadiran Paan time tu memang aku akui gak ahh kira macam semangat aku untuk datang kerja. Yelah apapahal dia ada nak support aku. Ingat lagi time aku kena marah teruk gila dengan Kak Ida. Penat aku tahan nak control tak kasi nangis. Lastlast bila aku nangis, Paan jugak yang nampak. Maaflah. Tapi memang aku takboleh lama dekat situ. Taktahulah. Mulamula semua okay je, bila aku start rapat dengan Paan, mulalah semua nak naik angin. Aku pun taktahu kenapa.
Lepas berhenti kerja HariHari, Sir Solehan ajak tolong dia jaga kedai dobi dia. Well waktu mulamula jaga berdua dengan adik ipar sir, nama apatahh. Kak Nurul rasanya. Kak Nurul baik, tudung labuh, memang family sir semua tudung labih dan alim alim pun. Rindu pulak time tuu, kerja tak susah sangat pun. Seronok sebab boleh balik awal and customer pun bukannya ramai sangat. Cuma hujunghujung sebelum nak berhenti tuu, ada conflict sikit dengan bini sir, sebab tertukar baju customer. Customer tu foreigner pulak tuu. Masalahnya baju foreigner tu ada je kat situu, cuma aku tersalah tulis nama je. Dia kata dia dah tunjuk semua baju yang ada dalam kedai tu tunjuk dekat dia tapi dia kata takdaa. Time tu aku dah start cuti dah. Terpaksalah aku datang balik kedai and call semua customer yang ada kaitan. Lastlast jumpaa.
Sementara tengah kerja tu jugak, keluar result SPM. Result yang sangat menghampakan aku. Well memang aku tak harap banyak tapi sampai teruk macamni memang aku tak sangka. Orang lain time ambik result tulah nak jumpa kawankawan semua kann. Yelah bukan senang lepasni nak pergi Pengkalan Hulu tu haa. Tapi aku takk, dapat result je terus blahh sebab malu dengan result sendiri. Yelah siapa yang sangkaa kan. Orang semua expect aku dapat tinggi, yelah budak takpernah tak deanlist kann. Cehh, sekali dapat dapat haa gedebuk kauu. Lepas dapat result tuu tiga hari jugak ahh aku berkabung dalam bilik. Tak keluar manamana. Lepas tiga hari baru aku start kerja balikk.
Sampailah tiba masa untuk result upu and tawaran semua keluar. Time tu ada lah dapat uitm, matriks, kptm, lagi amenda tahh and unikl. Antara banyakbanyak tuu, Unikl je offer buat foundation. Sebab aku memang taknak buat diploma, taktahulah kenapa. Matriks memang takk, susah tuu. So aku buat keputusan masuk KMKN. Yaa, satusatunya sebab aku masuk KMKN ialah sebab aku nak buat foundation. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak buat engineering wehh. Serious tak pernah. Aku main masuk je brutally, without knowing apa yang aku akan belajar semua, aku masuk jugak. Sebab time tu aku memang tengah frust lagi dengan result spm akuu. So masuk lah aku dalam KMKN.
Masuk KMKN, nasib baik still ada lagi kawan dari mrsm, dapatlah aku sesuaikan diri sikit. Yelah aku ni bukannya jenis yang senang nak bergaul sangat. Hahahahahaha
Awal awal masuk class, aku macam tak wujud je dalm class tu. Sebab serious, aku memang tak reti macammana nak start cakap dengan diaorang semua. Lamalama barulah boleh adapt dengan semua ni. KMKN yang macam MRSM tuu, iRedha iPasrah hahahahaha lagi beberapa bulan je pun nak duduk dalam tuu.
Jadi begitulah, akhirnya 2014 aku, aku ada kawan dan kawan dan kawan dan aku sayang sangat diaorang.
Jadi, ni lah dia. cerita tahun lepas. Ni pun dah rasa cukup banyak dah ni. Banyak lagi nak cerita tapi takpalahh. Manamana yang terlekat dalam ingatan, akan aku ingat dan kekalkan dalam ikatan yang kukuh terpatri dalam jiwa ini. Cehhh hahahahaha sekian dahulu.
Till then.
With Love and Hate,
SazleenKmrzaman :)