Pages

Tuesday, March 10, 2015

#SisMencuba

Assalammualaikum dunia semua :D
Harini kita main cuba cuba ajet puitis sikit.
Yang penting, maksud hati I sampai.
Mind the flaws.

Life was like a journey along a mysterious road. You will never knew what is in front of you. Neither good nor opposed to it, you must faced it by any harm. If you wish to stay on the same spot and not moving, thats it. Your journey will never reach it ends.
Sepanjang kehidupan juga ada banyak perkenalan. Di sepanjang perkenalan, ada suka ada duka. Lagi lama kita kenal, lagi banyak kita tahu pasal dia. Their inner self pun akan makin lama makin tunjuk belang. Showing their true colors. Lagi banyak kita tahu pasal dia, lagi banyak kemungkinan yang ada. Kemungkinan untuk kita meneruskan perkenalan ataupun berhenti di situ lantas menjadi orang asing antara satu sama lain. Kemungkinan kita nak tunggu atau bergerak mencari perhentian yang baru lantas memulakan episod penjelajahan yang penuh tanda tanya. Kemungkinan untuk kita terus sayang atau mula membenci. Kemungkinan untuk bersahabat atau bermusuh atau berkasih. Kemungkinan untuk kita menjadi sahabat sejati sehidup semati. Kemungkinan untuk aku mula mengalih hati.
Jadi, bila di setiap kemungkinan dan kita lantas telah memilih arah yang sedikit tergelincir dari harapan bin impian, siapa yang patut dipersalahkan ? Adakah salah hati yang memberontak ingin dipenuhi keinginannya. Atau salah akal yang terlampau memikir baik buruk sesuatu perkara sehingga menjadi takut dan gusar untuk memilih. Adakah salah jiwa yang menuntut sebuah kebebasan daripada apa yang membelenggu selama ini. Atau salah mulut yang terlampau lantang, lancang malah lancar menyuarakan suara hati yang terlahir dari perasaan tanpa memikirkan kesan daripadanya. Atau mungkin salah mata yang selalu tertarik kepada sesuatu yang indah sehingga begitu bias dalam memilih. Atau salah telinga yang begitu asyik menadah tuduhan tuduhan, cerita cerita atau kisah dongeng yang dicipta semata mata sebagai perasa, perencah dalam cerita sebenar yang tawar rasanya.
Andai kamu menjadi aku, kemungkinan manakah yang akan kamu persoalkan. Kegagalan manakah yang akan kamu persoalkan. Kejayaan manakah yang akan kamu perkecilkan. Hati manakah yang akan kamu lukakan tanpa sedar.
Sungguh diri ini begitu kerdil dalam mengerti maksud kehidupan. Sungguh aku dunggu dalam mentafsir maksud hati. Sungguh aku buta erti perhatian yang diberi.
Malah setiap senyuman, setiap teguran, setiap tutur kata yang dilafaz atau di hantar melalui whatsapp, setiap gambar yang kononnya mampu berbicara, setiap cerita yang aku ceritakan dan aku sangka begitu ramai yang memberi perhatian padahal mereka sebenarnya mencari isi untuk dikeji, mencari silap untuk dicaci, mencari ruang untuk mendaki.
Dan setiap yang datang itu pasti akan pergi bila masanya sudah tamat. Dan setiap yang hidup itu akan mati pada pengakhiran sebuah cerita. Dan setiap yang berlaku itu tersembunyi seribu hikmahnya. Tetapi untuk orang buta seperti aku, manakan bisa aku cari alasan yang munasabah untuk setiap masalah yang datang menerpa, lalu aku menyalahkan takdir mengapa hidup aku begini. Sedangkan aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada. Bersyukur dengan setiap perkenalan walaupun ada yang menyakitkan. Bersyukur dengan setiap hikmah yang masih tersembunyi mungkin masanya belum tiba. Apapun, bersyukurlah.
I have no good look, no good figure, no good brain, no good money, no good manners, no good in what you want, but I have a big goodbye for those fellas who only chased after that.
Semua orang ada masalah, ya. Lain orang, lain masalah. Tapi tahu tak masalah aku dah cukup bermasalah untuk aku. Jadi untuk aku menambah masalah dengan mencari masalah orang lain maybe was not a good idea. I dont know how those counselors do their work.
Konklusinya ?
Berhentilah saat kau lelah, sayang. Berhenti sebentar dan toleh ke belakang. Bukan untuk kau berundur, tetapi untuk kau analisis. Telah jauh perjalanan yang kau daki, apaa kau sudi terus berhenti ? Lari dari mimpi yang kau bina pasti dan pahat dalam hati ? Kelak kau juga yang akan tangisi setiap perhentian yang kau tempuhi lalu bertanya kepada diri sendiri, mengapa aku mengambil masa yang begitu lama untuk menyedari hakikat ini. Ketika itu, teruslah melangkah sayang. Jangan menoleh lagi kerana kejayaan pasti telah kau hampiri. Kejayaan to get over yourself. To mend all the broken part. To cut off all the bitchy fellas. To be the one you aimed along the time.

Aku tahu kau boleh.
Kuat.
Aku tahu aku kuat.

That will be all for now.
Salam.
With love and hate,
SazleenKmrzaman.