Pages

Friday, December 12, 2014

Rokiah Yang Patah Hatinya

Hai Assalammualaikum sekaliannya :)
Bertemu lagi kita di hujung tahun 2014.
Ada hajat nak buat #2014Rewind versi sazleen hahahaha
tengok ah cane nanti yaa. kalau rajin ahh kalau kelaut emm tak dapat ah nak tolong hahahaha
so harini nak cerita pasal aku hatiku yang patah dan hancur dan hancus dan hangus :'(
And seperti biasa aku guna unsur penceritaan short story untuk menceritakan semula kisah akuu.
jadi jalan cerita dan wataknya may differ from the real life situation :) hikss
Selamat merenung screen anda :')

Cerita ini bermula pada suatu malam. Watak utama, Rokiah. Time tu Rokiah baru je lepas dinner dengan roommate dia, lepas je makan dia pun melingkar macam ular sawa atas katil dengan laptop dia. Apa lagi, layan facebook lah. Bukak bukak facebook, ada orang add. Rokiah pun tengok profile orang tu, emm handsome jugak boleh tahan. Rasa macam pernah nampak kat kolej ni tapi tak kenal lah pulak. Emm approve jelah kot sebab handsome hahahahaha
Esok tu, Rokiah pun pergilah kelas macam biasa dengan kawan kawan dia semua. Time lunch, Rokiah sempat borak borak dengan Abu, si pasangan bergossipnya hahahahaha. Rokiah pun teringat pasal orang yang baru add dia tu, so dia pun pergilah tanya Abu. Kot kot lah dia kenal kan sebab tu budak kolej diaorang gak.
Kebetulan yang menarik, Abu ni kenal lah si Musa tu. Haa Musa tu orang yang add Rokiah tulah. Dan dan pulak lepastu Rokiah dapat call from her mom and suruh dia balik asap. So tak dapatlah pulak nak sambung bergossip dengan Abu emm sambung lain kali lah kot en hahahahaha
Disebabkan Rokiah dengan Abu lain course, emm jarang gak ah diaorang dapat jumpa. Satu hari tu, Rokiah pergi jumpa lecturer nak tanya soalan. Lepas habis discussion apa semua, Rokiah pun nak balik. Ontheway nak balik tu, Rokiah terserempak dengan Abu yang tengah borak dengan Musa.
Abu pun panggil Rokiah and said “Ehh Rokiah, dia ni lah Musa. Yang add kau kat facebook tu.”
Rokiah pun malu lah bila Abu buat macamtu, so dia senyum je kat Musa and blah.
Lepastu ada satu hari tu, Rokiah update status dekat facebook dia. Dia cakap pasal dia sakit hati lah apa semua enn. Memang time tu dia tengah sakit hati pun sebenarnya. And and and tanpa diduga duga, Musa tengah online time tu. Lalu, Musa pun tegur lah Rokiah. Dia pm Rokiah and diaorang chat kira macam lama gak ah time tuu. Tapi Musa ni jenis yang pemalu gak sebenarnya, dia tak borak pun pasal benda biasa biasa ni. Dia kasi kata kata semangat je kat Rokiah tu haa. Dia suruh bersabarlah dugaanlah semua ahh. Rokiah pulak time dah happy gila macam orang gila ahh. Sebab tak sangka pulak Musa yang handsome tu nak tegur dia enn hewhew
Tapi setakat tu jelahh. Lepastu takda apa pun. Kalau terserempak dekat kolej ke mana mana ke diaorang tak bertegur sapa pun. Ada lah jugak sekali dua tu bila terserempak si Rokiah ni senyum dekat Musa.
Then ada lah satu haritu, Rokiah pergi shopping dengan roommate dia. Tengah tengah shopping tu, tetiba dia nampak Musa dengan kawan kawan dia lalu. Rokiah pun dah seronok ahh. Emm Rokiah dah suka kat Musa kot. Ehh mestilah kan hahahaha.
 Lepastu Rokiah dan rakan rakan pun gerak mcd, time diaorang nak masuk tu bertembung pulak dengan geng Musa. Bila dah selisih tu Rokiah pun tegur ah Musa, cakap ‘Hai’ enn. Tapi Musa usha Rokiah cam pelik je. Macam dia tak kenal Rokiah padahal emm diaorang dah pernah chat enn haritu.
Rokiah pun sedih bercampur malu,  sebab Musa yang diharapkan tidak membalas ‘Hai’ nya malah tidak mengenali Rokiah pun. Pastu dah musa buat sombong, Rokiah pun pandang jelah depan, memang tak usha dah Musa tuu.
Time diaorang tengah makan tuu, tetiba ada sorang kawan Rokiah ni bukak cerita yang tadi dia nampak Musa tu usha Rokiah lama lama lepas dia keluar mcd tuu. Rokiah pun buat dek jelah sebab rasa sakit hati dia tak hilang lagi enn.
Malamtuu, Rokiah pun online facebook and update ah status pasal Musa enn. Tak lama lepastu, Musa pun pm Rokiah. Dia tanya yang tadi tu Rokiah ke yang tegur dia time dekat mcd tuu. Rokiah pun even dia masih sakit hati tapi dia layan gak ah Musa tu en, dah hati dah sayang wehh hahahahaha Musa pun mintak maaf sebab tak perasan yang tu Rokiah tadi. Dia kata kalau dia tahu tu Rokiah, dah lama dia tegur balik. Sanggup makan dua kali katanya :’) hahahahha amboi sweetnya ehemmm
Rokiah pun maafkan jelah Musa tuu hahahaha Esok esok tu, diaorang pun pergi kelas macam biasa. Ada banyak kali gak sebenarnya diaorang bertembung. Asal bertemmbung je, Rokiah pun usha Musa, tapi Musa tak perasan pun. And kalau Musa perasan pulak, Rokiah buat buat pandang lain. Taktahula apa nak jadi.
Rokiah pun cerita lah pasal dia suka Musa kat kawankawan dia. Unfortunately, ada sorang kawan Rokiah ni jenis tak reti simpan rahsia, Limah. Limah ni pulak pergi cerita dekat Timah. Timah tu pulak kawan dengan Musa. Lantas kantoi lah rahsia Rokiah yang dia suka kat Musa.
In the mean time, Rokiah pun stalk Musa. Stalk punya stalk punya stalk, ketahuanlah si Rokiah bahawa Musa telah pun mempunyai seorang crush bernama Bedah. Maka hancurlah hati dan harapan dan kebahagiaan Rokiah. Rokiah pun putus asa and tried to find someone else sebagai pengganti Musa yang telah memberi sedikit harapan palsu kepadanya.
Semenjak dari hari itu, Rokiah pun mengambil keputusan untuk move on dan lupakan Musa.
Sekian.
Cerita patah hati dari saya, ohh lupa nak bagitahu. Rokiah namakan Musa as ‘NomborTiga’.

Kenapa ? Emm rahsia lah ahahahaha

Haa sampai disini sahajalah dulu yaa.
Lain kali kita bertemu lagi inshaAllah :D
Till then,
Love and hate,
SazleenKmrzaman :)